Page 104 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 104
Perayaan Menyemai Kasih Sayang Keluarga
Perayaan yang disambut oleh sesebuah kaum adalah mengikut pegangan agama
yang dianuti. Perayaan yang disambut bertujuan meraikan atau memperingati
sesebuah peristiwa. Tradisi perayaan yang disambut pada hari ini ialah warisan
daripada masyarakat terdahulu.
Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan
utama masyarakat yang beragama Islam.
Tujuan sambutan perayaan ini adalah
untuk meraikan umat Islam yang
berpuasa selama sebulan pada bulan
Ramadan. Amalan kunjung mengunjungi
dan saling bermaafan menjadi tradisi
masyarakat Islam semasa merayakan
perayaan ini.
Deepavali
Deepavali bermaksud ‘sebaris pelita’.
Penganut agama Hindu percaya dengan
memasang pelita, kecerahan akan mengatasi
kegelapan dan kebaikan akan mengatasi
kejahatan. Amalan mandi minyak yang
diamalkan sebagai tanda menyucikan tubuh
dan berkunjung ke rumah keluarga dengan
membawa manisan menjadi tradisi dalam
perayaan ini.
Dengan merujuk kepada pelbagai sumber, dalam kumpulan,
lakonkan satu cara sambutan perayaan di Malaysia.
98

