Page 106 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 106
Pesta Kaamatan dirayakan dengan Pesta Kaamatan
mengadakan upacara ‘Magavau’ yang
memuja semangat padi. Upacara yang
dilaksanakan ini bertujuan menunjukkan
tanda kesyukuran dan diadakan selepas
musim menuai padi.Kuih muih tradisional
dan air tapai yang dihidangkan serta tarian
sumazau yang dipersembahkan ialah
tradisi semasa sambutan perayaan ini.
Hari Krismas Sambutan Hari Krismas pula
diraikan untuk memperingati
kelahiran Jesus Christ iaitu
pengasas ajaran Kristian. Aktiviti
menghias pokok krismas dengan
lampu bewarna warni, berkumpul
bersama keluarga dan saling
bertukar hadiah menjadi tradisi
dalam sambutan Hari Krismas.
Peta Pemikiran (I-Think)
1. Pilih dua jenis perayaan masyarakat di Malaysia. Video tarian
2. Dengan menggunakan peta buih berganda, senaraikan Sumazau.
persamaan dan perbezaan perayaan tersebut.
Sambutan perayaan di Malaysia dapat melahirkan semangat cinta akan perpaduan
antara kaum. Persefahaman antara kaum, agama dan budaya di negara ini berjaya
mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan harmoni.
11.3.2 Bimbing murid memahami kepentingan perayaan masyarakat Malaysia.
K 11.3.6
100

