Page 105 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 105

Tahun Baru Cina
               Tahun Baru Cina pula disambut sebagai

               tanda kedatangan tahun baru mengikut

               kalendar Cina. Aktiviti makan besar yang

               diadakan pada petang sebelum tahun baru
               bertujuan mengeratkan hubungan


               kekeluargaan. Pemberian ‘angpao’kepada
               keluarga dan sahabat yang belum

               berkahwin menjadi tradisi masyarakat Cina

               merayakan perayaan ini.






                              Hari Gawai


                                                                 Sambutan Hari Gawai pula diraikan
                                                                 sebagai tanda berakhirnya musim menuai

                                                                padi dan bermulalah musim menanam
                                                                 padi yang baharu. Upacara ranyai

                                                                 diadakan sebagai tanda kesyukuran. Kuih
                                                                 muih tradisional, air tuak dan tarian

                                                                 ngajat yang dipersembahkan ialah tradisi
                                                                 yang diamalkan semasa meyambut

                                                                 perayaan ini.








                                                     Ranyai ialah pohon yang didirikan oleh sesebuah

           Apakah kepentingan memelihara             komuniti rumah panjang untuk menunjukkan

           warisan perayaan masyarakat di            kedatangan Hari Gawai. Pohon ini akan dihiasi
           Malaysia?                                 dengan pelbagai jenis makanan dan minuman.




                                                             99
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110