Page 4 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 4
Tajuk 2 : Kita Rakyat Malaysia
Tajuk ini membincangkan tentang masyarakat pelbagai kaum dan etnik di
negara ini. Melalui tajuk ini masyarakat didedahkan dengan pelbagai
budaya, kesenian, agama dan perayaan yang terdapat di negara kita. Murid
juga didedahkan dengan perlunya sikap toleransi, menghormati budaya,
kesenian, agama dan perayaan pelbagai kaum bagi mewujudkan
masyarakat Malaysia yang mempunya nilai menghormati setiap budaya,
agama dan perayaan semua kaum.
Tajuk 3 : Pencapaian dan Kebanggaan Negara
Tajuk ini membangkitkan semangat dan perasaan bangga tentang
pencapaian dan kebanggaan negara dalam pelbagai bidang yang meliputi
pelbagai bidang seperti sukan, kemajuan ekonomi serta hubungan antara
Malaysia dan dunia. Tajuk ini turut memberikan pendedahan kepada murid
tentang peranan pemimpin negara dan cara menghormati dan menghargai
jasa mereka. Tajuk ini juga mendedahkan penglibatan negara pada
peringkat antarabangsa dan kepentingannya kepada rakyat di negara ini.
Tiga tajuk dalam Buku Teks Sejarah Tahun 6 SK ini dibahagikan kepada 10 unit
yang boleh berdiri sendiri sebagai satu modul. Setiap unit dalam buku ini
dibincangkan mengikut Standard Pembelajaran yang terdapat di dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 6. Pada akhir halaman
buku teks ini, senarai rujukan yang diguna dalam penulisan dipaparkan bagi
memudahkan guru membuat rujukan.
Bagi memudahkan guru dan murid menggunakan buku ini, beberapa ikon
digunakan.
Sinopsis - Gambaran umum tentang pembelajaran dalam
sesuatu unit.
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah – Murid boleh
menganalisis secara kritis dan analitis terhadap sumber
dan peristiwa sejarah dengan mengaplikasikan Asas
Kemahiran Pemikiran Sejarah iaitu elemen asas sejarah,
konsep masa, susunan dan konversi (pertukaran) masa,
signifikan bukti, imaginasi dan empati, isu dan masalah
masa lalu, perbandingan masa lalu dan mencari sumber.
ii

