Page 6 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 6
Nota Guru – Membantu guru melaksanakan pembelajaran
dan pengajaran secara efisien bagi setiap unit
Kod QR – Imbas kod menggunakan alat peranti untuk
mendapatkan maklumat tambahan dalam bentuk video
atau dokumen lain.
Imbas kembali – Terdapat pada akhir setiap unit sebagai
kesimpulan bagi membantu murid mengimbas kembali
topik-topik yang telah dipelajari.
Fikir dan Jawab – Menyediakan pelbagai bentuk latihan
bagi mengukur pemahaman murid berkenaan
kandungan yang telah dipelajari daripada unit tersebut.
Cinta akan negara – Terdapat tiga unsur yang ditekankan
iaitu nilai, patriotisme dan iktibar. Murid akan menilai
kembali pembelajaran dalam unit dan mengaitkan
dengan tindakan pada diri sendiri, tindakan pada
masyarakat dan tindakan pada negara. Murid akan
berasa bangga sebagai rakyat Malaysia yang
mempunyai identiti nasional.
Buku Teks Sejarah Tahun 6 SK ini diharap dapat membantu meningkatkan
pengetahuan murid terhadap ilmu sejarah melalui proses pembelajaran yang
menyeronokkan. Secara tidak langsung murid dapat melengkapkan
pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai-nilai murni seterusnya
murid dapat menguatkan semangat jati diri dan bangga sebagai
warganegara Malaysia yang sayang dan cinta akan Negaranya.
iv

