Page 78 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 78
Tajuk 11 : Kita Rakyat Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Sebagai sebuah negara yang
bermasyarakat majmuk, pelbagai agama dan kepercayaan diamalkan dengan bebas.
Unit ini akan membincangkan agama dan kepercayaan serta rumah-rumah ibadat di
Malaysia. Selain itu, unit ini juga akan menjelaskan kedudukan Islam sebagai
agama Persekutuan dan agama-agama lain dalam Perlembagaan Malaysia.
Hormati-menghormati
72

