Page 83 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 83
Masyarakat Melanau meraikan perayaan
Kaul untuk menghargai pelbagai jenis
semangat seperti semangat tanah, hutan,
laut, sungai dan angin. Masyarakat
Melanau mengadakan upacara
kesyukuran ini untuk memohon restu,
kedamaian dan nasib yang baik.
Sumber: Tourism Malaysia
Masyarakat Kadazandusun percaya bahawa
Kinorohingan adalah pencipta alam. Mereka
memohon kepada Kinorohingan untuk
keselamatan dan perlindungan daripada
penyakit dan kuasa ghaib. Percaya kepada
semangat padi, masyarakat Kadazandusun
turut mengadakan upacara Magavau untuk
menghormatinya. Sumber: Tourism Malaysia
Masyarakat Bajau mengadakan upacara
Magombo untuk mendapatkan restu dan
rahmat daripada roh nenek moyang.
Sajian dan alunan muzik
dipersembahkan semasa upacara
dijalankan.
Sumber: Tourism Malaysia
Kepelbagaian agama dan kepercayaan adalah salah satu keunikan negara kita.
Sebagai warganegara yang cintakan negara, kita haruslah menghormati setiap
agama dan kepercayaan yang wujud di Malaysia.
Mengapakah amalan agama dan Penulisan Pantas (Rocket Writing)
kepercayaan penting buat diri anda? Dalam masa lima minit, catatkan kepentingan
menghormati amalan agama dan kepercayaan
dalam kehidupan kita.
Nota Guru ❖ Bimbing murid mengetahui pelbagai agama dan kepercayaan masyarakat di
11.2.1, K11.2.6 Malaysia. 77

