Page 82 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 82

Di  samping  pegangan  agama,  masyarakat  di  Malaysia  turut  mengamalkan  pelbagai
            kepercayaan. Amalan kepercayaan berkait rapat dengan pemujaan roh nenek moyang,

            semangat  dan  kuasa  ghaib.  Kepercayaan  diwarisi secara  turun  temurun  dan  menjadi

            panduan hidup.


               Masyarakat  Orang  Asli  daripada  etnik  Mah


               Meri  menyambut  Hari  Moyang  untuk

               memperingati  nenek  moyang.  Sambutan  ini

               juga  diadakan  untuk  memohon  restu  bagi

               kesejahteraan  untuk  keluarga  dan  tempat
               tinggal.

                                                                       Sumber: Tourism Malaysia


                                                              Masyarakat  Orang  Asli  daripada  etnik
                                                              Semai  menyambut  Hari  Genggulang
                                                              untuk  memohon  kesejahteraan  dan
                                                              keselamatan.        Pawang        memulakan
                                                              perayaan  ini  dengan  bacaan  mantera
                                                              dan  jampi  untuk  untuk  memanggil  roh
                                                              dan  keramat.



                      Sumber: Tourism Malaysia

                  Masyarakat         Iban       mengadakan
                  ‘Upacara Miring’ sebagai persembahan

                  doa  kepada  Tuhan.  Upacara  ini
                  diadakan untuk mendapat keberkatan,
                  perlindungan dan keharmonian.





                                                                     Sumber: Tourism Malaysia

                  Apakah perayaan yang diraikan oleh masyarakat
                  Mah Meri ?
                                                                          Pawang: bomoh



                76
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87