Page 84 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 84

Di  Malaysia,  kepelbagaian  kaum  dan  etnik  melahirkan  diversiti  agama  dan

                 kepercayaan yang tersendiri. Apabila negara kita mencapai kemerdekaan, agama
                 Islam      diiktiraf  sebagai  agama  Persekutuan.  Namun  demikian,  agama  dan
                 kepercayaan lain boleh diamalkan secara aman dan bebas.








                Selamat     datang  ke  Muzium  Islam
                Sarawak.

                Sebelum  kita  memulakan  lawatan,  kita
                sebagai  rakyat  Malaysia  perlu  tahu

                bahawa  dalam  Perkara  3,  Perlembagaan

                Persekutuan,  dimaktubkan  bahawa  “

                Islam ialah agama bagi Persekutuan…”.









                                              Ya betul, Puan Rina.
                                              Di    Malaysia,      majoriti     rakyatnya

                                              menganut  agama  Islam.  Kedatangan
                                              Islam  ke  negara  kita  sudah  bermula
                                              sejak  zaman  Kerajaan  Melayu  Awal.

                                              Apabila  sultan  dan  raja  Melayu
                                              memeluk  Islam,  golongan  rakyat  turut

                                              memeluk Islam.








                                                                     Diversiti: berbagai
                                                                     Perlembagaan: Undang-undang tertinggi
                                                                     sesebuah negara.
                  Apakah agama Persekutuan?



            78
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89