Page 3 - tmp3
P. 3
SEKAPUR SIREH
HAJAH NOREHA BINTI HAILANI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin–Nya jua dapat saya merakamkan
hasrat dan bicara buat guru-guru SMK Sri Andalas bagi sesi 2020. Terlebih dahulu saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah yang telah berjaya menyediakan Buku
Pengurusan Sekolah sesi 2020.
Besarlah harapan saya agar guru-guru dapat memanfaatkan buku ini dalam
menjalankan tugas sepanjang tahun 2020. Hal ini demikian kerana, tahun 2020
merupakan tahun ketujuh kita menempuh gelombang Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia(PPPM) 2013-2025 dan merupakan tahun terakhir dalam gelombang 2 (2016-
2020). Selaras dengan PPPM, maka menjadi keutamaan agar setiap murid berupaya
bersaing pada peringkat global melalui 6 aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian serta
identiti nasional. Sehubungan dengan itu, Kelas Abad 21 hendaklah giat dipraktikkan
dari semasa ke semasa bagi melonjakkan keberhasilan murid bertaraf dunia melalui
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT) yang menggunakan alat berfikir i-Think,
pembelajaran maya, kolaborasi dan lain-lain mestilah terus ditingkatkan. Seiring dengan
itu, pembelajaran dan pemudahcaraan PdP secara maya menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti “Google Classroom” dan penggunaan
pelbagai bahan bantu mengajar diharapkan agar menjadi amalan setiap guru SMK Sri
Andalas. Oleh itu marilah kita berganding bahu dalam mengharungi cabaran arus
gelombang PPPM agar berjaya merealisasikannya.
Dengan yang demikian, diharap semua warga sekolah dapat menghayati dan berusaha
gigih bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran selari dengan visi dan misi
kementerian bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dalam pada itu,
demi kecemerlangan profesion perguruan, guru-guru disarankan menyempurnakan
tugasan yang diamanahkan berpandukan arahan pentadbiran, persekitaran berkualiti,
Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti(SPSK) dan mengikut piawaian Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPMg2) yang baharu mulai tahun 2017. Melalui SKPMg2 ini,
Standard 4 iaitu standard PdP adalah untuk memastikan potensi murid
diperkembangkan secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum dan
berterusan. Sama-samalah kita berusaha dengan gigih, ikhlas dan berdoa kepada Tuhan
agar SMK Sri Andalas terus unggul dalam mencapai pendidikan berkualiti tinggi selari
dengan slogan “Kebijaksanaan dan Ketangkasan Menjana Keberhasilan PPPM”.
Sekian, terima kasih.
‘Ilmu Teras Kejayaan’
Hjh Noreha Binti Hailani,
Pengetua SMK Sri Andalas.
1 | Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

