Page 6 - tmp3
P. 6

Perancangan Profesional SMKSA 2020



            SEJARAH SEKOLAH

            Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas (SMKSA) terletak di Taman Sri Andalas, Klang lebih
            kurang  5  km  dari  bandar  Klang.  Sekolah  ini  dikelilingi  oleh  taman  perumahan  dan  berhampiran

            dengan taman rekreasi, iaitu Taman Rakyat dan juga Balai Bomba dan tidak jauh dari Hospital Besar
            Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

            Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Disember 1994. Pada awal penubuhannya, sekolah ini telah
            berkongsi kemudahan bangunan dengan sebuah sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan Taman

            Sri Andalas yang terletak bersebelahan. Bangunan sekolah ini telah disiapkan sepenuhnya dan mula
            digunakan pada 4 Januari 1997.

            Pengetua pertama SMKSA ialah Puan Zaharah binti Mahmud, dibantu oleh En. Ishak Mohd Joned

            sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan En. Abd. Aziz bin Abd. Jalil sebagai Guru Penolong
            Kanan Hal Ehwal Murid. Pada permulaannya bilangan guru adalah seramai 13 orang, kakitangan
            sokongan seramai 3 orang dan 135 orang murid di tingkatan satu dan peralihan. Bagi membantu

            pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) pula telah ditubuhkan pada 22 Januari
            1995.

            Pada sesi persekolahan 1996, SMKSA telah menerima pengetua baharu, iaitu Puan Saliyah binti

            Ahmad dan pada 1 Julai 1996 beliau telah digantikan oleh Tn Hj. Fardi bin Abdullah Shakur. Semasa
            pentadbiran Tn.  Hj.  Fardi,  bangunan  Makmal  Komputer  untuk  murid-murid  ICT  telah  dibina  pada
            tahun 2002 dan bangunan Surau Al Huda pula siap dibina pada tahun 2005. Tuan Hj. Fardi telah

            bersara pada 2 Julai 2005 dan digantikan oleh Pn. Hjh Rahmah binti Arshad pada 16 Julai 2005.

                                                Dataran  Perhimpunan  Berbumbung  telah  dibina  semasa

                                                pentadbiran  Pengetua  Pn.  Jamilah  binti  Ali  untuk  memberi
                                                keselesaan  kepada  murid-murid  semasa  perhimpunan  dan
                                                telah dirasmikan pada 10 November 2010 oleh Yg. Bhg. Tuan

                                                OMS P. Thiagarajan. Beliau ialah seorang ahli perniagaan dan
            penyumbang terbesar dalam pembinaan bumbung tersebut.


            Bangunan blok D atau Teta pada awalnya dibina untuk kegunaan mata pelajaran vokasional, iaitu

            Kejuruteraan Elektrik. Subjek tersebut tidak ditawarkan di sekolah ini menyebabkan bangunan itu
            digunakan untuk kelas-kelas akademik biasa dan dijadikan bilik kaunseling mulai tahun 2010.

            Pada akhir tahun 2014, Pn. Siti Norlaila binti Md. Shihab telah menggantikan Pn. Jamilah sebagai
            pengetua dan beliau telah berpindah ke SMK Kota Kemuning pada tahun 2016. Sebelum berpindah,

            beliau sempat mengadakan Karnival Serias untuk mengumpul dana sekolah. Dana tersebut telah
            digunakan untuk pembesaran pentas dan laluan ke-2 berhampiran Makmal ICT. Kedua-dua projek

            tersebut siap dibina semasa pentadbiran Pn. Hjh. Kalsom binti Redzuan pada tahun 2018. Laman


                                                                   3 |      Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11