Page 7 - tmp3
P. 7
Perancangan Profesional SMKSA 2020
Suci Hati pula telah dibina di hadapan Bilik Rawatan berserta dengan sebuah mural yang sangat
menarik hasil ilham daripada beliau dan siap dibina pada tahun yang sama.
Pada Julai 2019, SMKSA telah menerima seorang Pengetua Cemerlang dan berpengalaman dari
SMK Batu Unjur, Klang. Beliau ialah pengetua ke-8, iaitu Hjh Noreha binti Hailani. Antara
pembaharuan yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat adalah mewujudkan Bilik Bestari untuk
kegunaan ‘Google Classroom’ dan pelbagai lagi perancangan yang bakal dilaksanakan pada masa
hadapan.
Selama 25 tahun penubuhannya, SMKSA telah diterajui oleh seramai 8 orang pengetua dan telah
mengalami pelbagai transformasi, terutamanya dalam pertambahan prasarana, keceriaan dan juga
penambahan tenaga pengajar yang kini berjumlah 120 orang serta bilangan murid hampir mencecah
1800 orang. SMKSA akan terus memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat bagi
melahirkan generasi yang berilmu dan bermoral bagi mengharungi hidup yang penuh cabaran agar
agama, bangsa dan negara terus dibela serta dipertahankan.
4 | Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

