Page 21 - MINIT MESYUARAT BIL 4/2018
P. 21

  Pn. Safarina memaklumkan keseluruhan murid boleh menguasai pendidikan

                              muzik dengan baik. Murid dapat bermain alat muzik dengan betul hasil
                              daripada bimbingan guru.

                       13) PRASEKOLAH
                            Pn. Siti Halijah memaklumkan laporan murid prasekolah boleh rujuk kepada

                              Data IPPK 2018 (Pentaksiran 2).
                            Rujuk kepada lampiran.



               AGENDA 7  : KEWANGAN
                   98. PKP menegaskan kepada ketua panitia supaya mengambil tahu jumlah peruntukan

                       duit panitia masing-masing setiap tahun.

                   99. Setiap panitia perlu membuat perancangan kewangan panitia masing-masing.
                   100. Di dalam perancangan kewangan tersebut, perlu menyenaraikan perbelanjaan

                       kewangan panitia untuk tempoh setahun persekolahan.
                   101. Setiap panitia perlu menyediakan perancangan operasi kewangan supaya dapat

                       memperincikan perbelanjaan kewangan tersebut.
                   102. Guru Besar menyarankan supaya setiap panitia dapat menyenaraikan semula

                       perancangan kewangan bagi tahun 2017 dan 2018 supaya senang diserahkan

                       sekiranya diminta oleh pihak atasan atau diaudit.


               AGENDA 8  : HAL-HAL LAIN
                   103. Pengerusi memaklumkan semua panitia perlu mengadakan mesyuarat panitia bil 4

                       mulai 25/11/2018 (Ahad) mengikut panitia masing-masing.
                   104. Setiausaha kurikulum perlu menyediakan tarikh untuk mesyuarat setiap panitia bil 4

                       dengan kadar segera dan mengedarkan kepada setiap panitia.

                   105. PKP mengedarkan borang budaya tutup sekolah kepada semua guru. Guru-guru
                       perlu mengambil tindakan seperti yang tercatat di dalam borang tersebut.

                   106. PKP memberitahu kepada semua guru untuk berkumpul di bilik gerakan pada

                       22/11/2018 (Khamis) untuk menyerahkan borang budaya tutup sekolah kepada PK
                       penilai masing-masing.

                   107. PKP memaklumkan bahawa sekolah kita kekurangan guru Bahasa Inggeris dan
                       meminta kepada semua guru agar bersedia untuk mengajar subjek BI untuk tahun

                       2019 sekiranya diminta oleh pihak sekolah.




                                                            21
   16   17   18   19   20   21   22