Page 3 - MINIT MESYUARAT BIL 4/2018
P. 3
AGENDA I : PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah dan
seterusnya mengalu – alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Jawatankuasa
Induk Kurikulum kali keempat bagi tahun 2018.
2. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah bertungkus lumus
mendidik murid-murid dan menjalankan tugas serta tanggungjawab sepanjang tahun
2018.
Tindakan : Makluman
AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU
3. Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Induk Kurikulum bil 3/2018.
4. Pn. Faridah Binti Ahmad mencadangkan minit tersebut disahkan.
5. Disokong oleh Pn. Che Mazni Binti Yahaya.
AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT
6. Pn. Faizatul Akmal memaklumkan stok Buku Teks Tahun 1 yang tidak cukup pada
tahun 2018 telah sampai sebelum Peperiksaan Akhir Tahun pada Bulan Oktober yang
lepas. Buku Teks Tahun 2 dan tahun yang lain juga dijangka lambat sampai seperti
yang sepatutnya dan berkemungkinan Buku Teks akan sampai dalam minggu cuti
persekolahan nanti.
Tindakan : Makluman
AGENDA 4 : TAKLIMAT GURU BESAR
7. Guru Besar memaklumkan supaya semua guru mengambil catatan dan perhatian
terhadap apa yang akan disampaikan oleh Guru Besar.
8. Guru Besar memaklumkan telah mendapat taklimat ringkas daripada PPD berkenaan
pelaksanaan Myportfolio 2018.
9. Guru Besar memberi taklimat berkenaan Myportfolio 2018 yang perlu dilaksanakan
oleh semua guru. Guru-guru perlu mengisi bahagian Guru Akademik Biasa (GAB)
3

