Page 7 - MINIT MESYUARAT BIL 4/2018
P. 7

penggayaan. Cadangan Cikgu Hafiz akan dipertimbangkan oleh PKP dalam

                       penyediaan jadual waktu pembelajaran.
                   36. Cikgu Hafiz juga memohon kerjasama agar kelas ganti yang diberi kepada guru

                       pemulihan tidak bertembung dengan jadual waktu kelas pemulihan.


                 v.    DIALOG PRESTASI


                   37. PKP memaklumkan dialog prestasi Peperiksaan Akhir Tahun perlu dilaksanakan

                       secepat mungkin terutama bagi guru tahun 5.
                   38. PKP memaklumkan Guru Besar akan mengadakan dialog prestasi bersama guru tahun

                       5 pada 19/11/2018 (Isnin). Guru-guru yang terlibat perlu bersedia dengan pelaporan

                       pemarkahan masing-masing.
                   39. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun ini, dijadikan sebagai kayu ukur kepada guru-

                       guru untuk menilai hasil pencapaian murid sepanjang tahun 2018 dan calon UPSR
                       bagi tahun 2019. Seterusnya guru-guru boleh membuat rumusan hasil daripada

                       pembentangan bagi setiap subjek untuk kelas tersebut.


                 vi.   VLE FROG


                   40. Cik Madihah melaporkan penggunaan VLE Frog di sekolah ini tidak menggalakkan.

                       Murid yang sama sahaja yang aktif menggunakan VLE Frog. Guru-guru juga tidak
                       aktif dalam penggunaan VLE Frog.

                   41. Guru Besar menegaskan supaya untuk tahun 2019, semua guru mesti aktif dalam
                       penggunaan VLE Frog kerana Pengarah Pendidikan Negeri Kedah yang baru sangat

                       menekankan penggunaan VLE Frog dalam pembelajaran.

                   42. Guru Besar menyarankan supaya Cik Madihah menyediakan pelan intervensi untuk
                       menggalakkan penggunaan VLE Frog di kalangan guru-guru dan murid-murid di

                       sekolah ini.

                   43. Guru Besar memaklumkan bahawa internet di sekolah ini dikira berada di tahap yang
                       memuaskan sekiranya hendak mengaktifkan VLE Frog berbanding dengan sekolah

                       yang lemah capaian internet.
                   44. Untuk tahun 2019, Guru Besar memaklumkan akan mengaktifkan Zoom A di sekolah

                       ini. Dengan nama lain iaitu At Module (Info Pentadbiran). Sekolah lain tidak alert
                       dengan Zoom A ini dan sekolah kita akan mulakannya pada tahun 2019 nanti.


                                                            7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12