Page 6 - MINIT MESYUARAT BIL 4/2018
P. 6
27. Kelas Intervensi yang dijalankan sangat membantu murid yang kurang lancar
membaca. Keseluruhan murid tahun 2 telah dapat membaca dengan lancar.
28. Pn. Julaila memaklumkan telah mengadakan Anugerah Peningkatan Dalam Bacaan
dan telah disampaikan semasa perhimpunan mingguan.
29. Bermula tahun 2019, saringan LINUS akan dijalankan hanya 1 saringan sahaja iaitu
pada Bulan Jun.
30. Program Intervensi akan dijalankan awal lagi untuk murid tahun 2 dan 3. Ianya akan
dijalankan pada bulan Januari 2019.
iv. PEMULIHAN
31. En. Muhamad Hafiz melaporkan laporan murid pemulihan sehingga akhir tahun 2018
seperti berikut :
TAHUN PENCAPAIAN
TAHUN 1 18 orang murid belum mampu membaca dengan
lancar
TAHUN 2 7/10 murid dapat membaca dengan lancar
3/10 murid lagi masih berada di tahap sederhana
TAHUN 3 3/6 murid dapat membaca dengan lancar
3/6 murid sederhana dalam penguasaan
kemahiran membaca
TAHUN 4 6/6 orang murid telah menguasai kemahiran
membaca dan hanya mengikuti kelas pengayaan
32. Kelemahan yang dapat dikesan oleh En. Muhamad Hafiz terhadap murid pemulihan
adalah daripada sudut kebanyakan murid keliru dengan frekuensi bunyi dan orientasi
kedudukan yang mewakili lambang-lambang huruf tertentu.
33. Antara kekuatan murid pemulihan ini adalah majoriti murid pemulihan menunjukkan
tahap kesedaran yang tinggi untuk datang ke sekolah setiap hari untuk mengatasi
masalah buta huruf yang mereka hadapi.
34. Cikgu Hafiz memaklumkan segala data-data berkaitan pemulihan bagi tahun 2018
telah lengkap diisi dan dihantar kepada pihak PPD dan JPN seperti yang diarahkan.
35. Cikgu Hafiz mencadangkan supaya sediakan satu kelas yang asing untuk murid
pemulihan. Contohnya, murid tahun 1 dan 2 perlu asingkan masa untuk pembelajaran
dan murid tahun 3, 4 dan 5 boleh digabungkan dalam satu kelas untuk pembelajaraan
6

