Page 21 - Budaya Masyarakat Malaysia
P. 21
Alat Muzik Kaum Cina
Guzheng ialah alat muzik yang berasal dari China sekitar 2.000 tahun yang lalu.
Guzheng juga dikenali sebagai Qin Zheng kerana berasal dari Dinasti Qin. Alat muzik ini
juga popular pada masa Dinasti Tang (618-907 M), dan merupakan instrumen yang
paling umum untuk dimainkan di Tiongkok. Guzheng berbentuk seperti kotak yang
cembung dan diperbuat daripada kayu sebagai kotak suara, Di atasnya terbentang 21
senar. Di tengah senar tersebut ditempatkan Qin Ma yang dapat digeser untuk
menaikan atau menurunkan frekuensi nada.
Yangqin merupakan alat muzik tradisional Cina yang jenis ziter. Yangqin
mempunyai banyak tali. Badan diperbuat daripada kayu dalam bentuk rama-
rama. Setiap pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah
beberapa oktaf semuanya, 2 hingga 6 set kekuda titian tali diperbuat daripada
kayu. Pemulas selaras dari logam didapati di kedua-dua belah kotak suaranya.

