Page 22 - Budaya Masyarakat Malaysia
P. 22
Alat Muzik Kaum Cina
Erhu merupakan sejenis alat muzik gesek tradisional Cina. Erhu ialah alat muzik
bertali dua-tali, panjang 80 sentimeter dan bentuknya ringkas. Erhu ialah alat yang
termasyhur dalam keluarga Hu-qin di China. Jenis- jenis Erhu termasuklah
Zhonghu, Gaohu , Banhu , Jinghu, dan sebagainya.
Xiao, yang juga dikenali sebagai "Dongxiao" ini, merupakan sejenis alat
muzik tiupan tradisional China yang dicipta berasaskan Paixiao, yang digelar
"Xiao" pada ketika itu.
Liuqin ialah alat tali petikan, bentuknya sama seperti Pipa. Alat ini
dinamakan Liuqin kerana berbentuk seperti daun pokok villow.

