Page 36 - KPG FASA II final report e isbn
P. 36

LAPORAN KPG PISMP IPG FASA II 2019






                 PELIBATAN DALAM UNIT BERUNIFORM

                 Jadual 5.11 menunjukkan maklum balas responden berkaitan dengan pelibatan mereka
                 dalam unit beruniform. Dapatan kajian menunjukkan seramai 542 orang daripada 966

                 orang (56.1%) terlibat sebagai penasihat unit beruniform. Manakala selebihnya iaitu

                 424 orang (43.9%) tidak terlibat sebagai penasihat unit beruniform di sekolah.


                 Jadual 5.11
                 Graduan  yang  Terlibat  dan  Tidak  Terlibat  Sebagai  Penasihat  Unit  Beruniform  di
                 Sekolah
                  Ya/Tidak                            Bilangan (orang)                 Peratus (%)
                  Ya                                         542                           56.1
                  Tidak                                      424                           43.9
                  Jumlah                                     966                           100.0


                 Jenis Unit Beruniform

                 Jadual  5.12  dan  Rajah  5.9  menunjukkan  jenis  unit  beruniform  yang  disertai  oleh

                 responden  sebagai  penasihat.  Sebanyak  566  maklum  balas  diterima  daripada  542

                 orang responden yang terlibat sebagai penasihat unit beruniform di sekolah. Dapatan
                 kajian  menunjukkan,  pengakap  merupakan  unit  beruniform  yang  paling  ramai

                 responden terlibat iaitu seramai 204 orang (36.0%), diikuti oleh Tunas Kadet Remaja
                 Sekolah seramai 159 orang (28.1%) dan seramai 124 orang (21.9%) terlibat sebagai

                 penasihat Bulan Sabit Merah.


                 Jadual 5.12
                 Pelibatan Graduan dalam Unit Beruniform di Sekolah
                  Bil.  Jenis unit beruniform                    Bilangan (orang)          Peratus (%)
                   1    Pengakap                                         204                    36.0
                   2    Tunas Kadet Remaja Sekolah                       159                    28.1
                   3    Bulan Sabit Merah                                124                    21.9
                   4    Tunas Pandu Puteri                               44                     7.8
                   5    Puteri Islam                                     29                     5.1
                   6    Lain-lain                                         6                     1.1
                   7    Angkatan Pertahanan Awam                          0                     0.0
                                   JUMLAH                                566                   100.0
                 Nota: Responden boleh memilih lebih daripada satu jenis unit beruniform yang terlibat


                                                                                                               27
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41