Page 38 - KPG FASA II final report e isbn
P. 38
LAPORAN KPG PISMP IPG FASA II 2019
Pelibatan Responden Sebagai Penasihat Unit Beruniform yang Tidak di
Latih di IPG
Jadual 5.14 dan Rajah 5.10 menunjukkan maklum balas responden berkaitan dengan
pelibatan mereka sebagai penasihat unit beruniform yang tidak dilatih semasa di IPG.
Sebanyak 27 maklum balas sahaja yang diterima daripada 117 orang. Selebihnya
memilih untuk tidak memberikan sebarang maklum balas. Dapatan kajian
menunjukkan, unit beruniform yang melibatkan paling ramai responden adalah unit
beruniform Pancaragam iaitu seramai 8 orang (30%), diikuti dengan unit beruniform
Silat dan St. John Ambulance iaitu masing-masing seramai 4 orang serta Boy Brigade,
Pandu Puteri dan Pengakap Pendidikan Khas iaitu masing-masing seramai 2 orang.
Seramai satu (1) orang responden yang terlibat sebagai penasihat bagi setiap unit
beruniform yang selebihnya.
Jadual 5.14
Unit Beruniform yang Graduan Terlibat Sebagai Penasihat di Sekolah Walaupun Tidak
Dilatih di IPG
Bil Unit Beruniform Tiada Di IPG Bilangan (orang)
1 Pancaragam 8
2 Silat 4
3 St. John Ambulance 4
4 Boys Brigade 2
5 Pandu Puteri 2
6 Pengakap Pendidikan Khas 2
7 Brigade Putera Puteri 1
8 Brigade Puteri 1
9 Jurulatih 1
10 Karate 1
11 Orkestra 1
JUMLAH 27
Nota: Responden yang menjadi penasihat bagi unit beruniform yang tidak dilatih semasa di
IPG boleh menyatakan lebih dari satu jenis unit beruniform yang responden terlibat dan item ini
adalah yang tidak diwajibkan untuk jawab.
29

