Page 37 - KPG FASA II final report e isbn
P. 37
LAPORAN KPG PISMP IPG FASA II 2019
Rajah 5.9 Pelibatan Graduan dalam Unit Beruniform di Sekolah
Keselarian Unit Beruniform di IPG dan di Sekolah
Jadual 5.13 menunjukkan maklum balas berkaitan keselarian unit beruniform yang
responden ikuti semasa di IPG dengan pelibatan sebagai penasihat di sekolah.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 425 orang responden (94.0%) menjadi
penasihat unit beruniform di sekolah selari dengan unit beruniform yang dilatih semasa
di IPG. Manakala selebihnya iaitu 117 orang (6.0%) menjadi penasihat unit berunifom
di sekolah yang tidak dilatih di IPG.
Jadual 5.13
Keselarian Unit Beruniform yang Dilatih di IPG dengan Menjadi Penasihat di Sekolah
Kategori Bilangan Peratus (%)
(orang)
Menjadi penasihat bagi unit beruniform yang dilatih 425 78.4
semasa di IPG
Menjadi penasihat bagi unit beruniform yang tidak 117 21.6
dilatih semasa di IPG
Jumlah 542 100.0
28

