Page 19 - BUKU DRAF GERAK KERJA PERSIDANGAN MIND IPG 2022-KEMASKINI 07.02.2022
P. 19
PERINCIAN ACARA
1 MInD Inovasi dan MInD Pitching
MInD Inovasi dan MInD Pitching merupakan pertandingan Inovasi terbahagi kepada kepada tiga
kategori penyertaan iaitu:
a. 56 Pasukan pensyarah IPG
b. 54 Pasukan pelajar IPG
c. 40 Pasukan warga KPM
Bagi kategori a dan b, setiap IPG dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya dua (2) pasukan.
Bagi kategori c pula, 40 pasukan akan dipilih dari pendaftaran penyertaan. Bilangan maksimum ahli
pasukan adalah lima (5) orang.
Kaedah pelaksanaan:
a. Peserta dikehendaki menghantar video projek inovasi dan laporan projek inovasi mengikut format
yang ditetapkan oleh urus setia.
b. Peringkat MInD Inovasi (saringan)
Video projek inovasi (56 video pensyarah, 54 video pelajar, 40 video warga KPM) akan
ditayangkan pada 23 Ogos 2022 secara live melalui pelantar streamyard.
c. Peringkat MInD Pitching (separuh akhir)
20 projek Inovasi bagi setiap kategori yang telah diadili pada 11 Julai 2022 oleh panel juri,
akan melalui sesi penjurian pada 24 Ogos 2022.
Video 20 projek inovasi terpilih bagi setiap kategori akan dimuat naik dalam laman
sesawang rasmi Persidangan MInD IPG 2022.
d. Peringkat akhir
10 projek Inovasi yang melepasi peringkat separuh akhir bagi setiap kategori akan
diumumkan melalui tayangan video pada 25 Ogos 2022 jam 10.30 pagi.
e. Peringkat Penganugerahan
Pemenang Anugerah Bitara Emas, Bitara Perak, Bitara Gangsa dan Bitara Harapan akan
diumumkan pada 25 Ogos jam 2.30 petang
Projek Inovasi terpilih dimuatkan di dalam Koleksi Inovasi yang akan diterbitkan oleh IPGM.
Hadiah/cenderamata/sijil digital bagi setiap kategori:
a) Wang Tunai, piala, medal dan sijil anugerah
Penerima Anugerah Bitara Emas, Bitara Perak dan Bitara Gangsa setiap kategori
b) Medal dan sijil anugerah
7 pasukan penerima Anugerah Bitara Harapan setiap kategori
c) Sijil pencapaian emas, perak dan gangsa
Semua peserta
Syarat penyertaan akan dimaklumkan melalui surat pemakluman dan laman sesawang rasmi MInD
IPG 2022.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2022.
17
DRAF KEMASKINI 07.02.2022

