Page 20 - BUKU DRAF GERAK KERJA PERSIDANGAN MIND IPG 2022-KEMASKINI 07.02.2022
P. 20
2 MInD Pamer
MInD Pamer merupakan acara Pameran digital secara individu atau berkumpulan. Penyertaan
berkumpulan dihadkan kepada maksima 5 orang.
Penyertaan dibuka kepada TIGA (3) jenis Pempamer iaitu;
a. Pempamer Karya Seni
Pensyarah IPG/ Pelajar IPG/ Gabungan Pensyarah & Pelajar IPG
b. Pempamer Penulisan Buku
Pensyarah IPG/ Pelajar IPG/ Gabungan Pensyarah & Pelajar IPG
c. Pempamer produk pengajaran dan pembelajaran
Pensyarah IPG/ Pelajar IPG/ Gabungan Pensyarah & Pelajar IPG
Kaedah pelaksanaan:
a. Pempamer dikehendaki menyediakan katalog produk (maksimum 2 muka surat). Katalog
hendaklah menerangkan secara terperinci tentang produk yang dihasilkan, manfaat dan
kelebihan. Penerangan lebih terperinci boleh diberikan melalui pautan/ QR code yang dinyatakan
dalam katalog. Katalog yang dihantar hendaklah dalam format PDF. Pempamer digalakkan
mempromosikan produk masing-masing untuk jualan melalui katalog berkenaan.
b. Peringkat Saringan:.
Katalog pempamer akan diadili pada 12 Julai 2022 untuk memilih 30 katalog yang layak ke
peringkat separuh akhir.
Katalog akan dimuat naik dalam laman sesawang MInD IPG 2022.
c. Peringkat Separuh Akhir
30 pempamer yang melepasi peringkat saringan dikehendaki mempromosikan produk
masing-masing secara live melalui pelantar stream yard pada 24 Ogos 2022. Pempamer
akan diadili oleh panel juri berdasarkan kriteria tertentu untuk layak ke peringkat akhir.
d. Peringkat Akhir
10 pempamer yang melepasi peringkat separuh akhir diumumkan melalui tayangan video
pada 25 Ogos 2022 jam 10.30 pagi.
e. Peringkat Penganugerahan
Pemenang Anugerah Terulung dan Sinar Harapan akan diumumkan pada 25 Ogos 2022
jam 2.30 petang.
Hadiah/cenderamata/sijil digital:
a. Wang Tunai, piala, medal dan sijil Anugerah Terulung
Pemenang Anugerah Terulung Johan, Naib Johan dan Ketiga
b. Medal dan Sijil Anugerah Terulung Harapan
7 pemenang Anugerah Terulung Harapan yang terpilih ke peringkat akhir
c. Sijil Anugerah Sinar Harapan
Diberikan kepada 20 pasukan yang terpilih peringkat saringan
d. Sijil penyertaan
Kepada semua yang hantar penyertaan tetapi tidak terpilih ke peringkat saringan
Syarat penyertaan akan dimaklumkan melalui surat pemakluman/ laman sesawang rasmi MInD IPG
2022.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2022.
18
DRAF KEMASKINI 07.02.2022

