Page 21 - BUKU DRAF GERAK KERJA PERSIDANGAN MIND IPG 2022-KEMASKINI 07.02.2022
P. 21

3     MInD Hibur

                   MInD Hibur merupakan acara persembahan bakat secara maya terbuka kepada warga IPG.
                     Persembahan selama 5 hingga 10 minit ini menjurus kepada elemen seni kreatif persembahan
                     seperti nyanyian, gurindam dan syair, permainan alat muzik, sketsa pendek, tarian atau sebarang
                     persembahan seni kreatif yang dapat menonjolkan bakat pensyarah dan pelajar IPG dengan
                     mengambil kira unsur nilai murni dan identiti nasional.


                   Penyertaan terbuka kepada Pensyarah IPG, Pelajar IPG atau gabungan Pensyarah & Pelajar IPG
                     secara individu atau berkumpulan. Penyertaan berkumpulan dihadkan kepada maksima 10 orang.


                   Kaedah pelaksanaan:
                     a. Peserta dikehendaki menghantar video persembahan mengikut format yang ditetapkan kepada
                         urus setia.

                     b. Peringkat Saringan:
                           Semua video persembahan akan diadili pada 14 Julai 2022 untuk memilih 40 video yang
                              layak ke peringkat saringan
                           40 video persembahan yang terpilih akan ditayangkan pada 23 Ogos 2022.
                     c. Peringkat Separuh akhir
                           20 video persembahan yang melepasi peringkat saringan, layak untuk menyertai sesi
                              penjurian pada peringkat separuh akhir iaitu pada 24 Ogos 2022.
                     d. Peringkat Akhir
                           10 persembahan yang melepasi peringkat separuh akhir akan diumumkan melalui tayangan
                              video pada 25 Ogos 2022 jam 10.30 pagi.
                     e. Peringkat Penganugerahan
                           Penerima Anugerah Terulung dan Anugerah Sinar Harapan akan diumumkan pada 25 Ogos
                              2022 jam 2.30 petang.


                   Hadiah/cenderamata/sijil digital:
                     a. Wang Tunai, piala, medal dan sijil Anugerah Terulung
                              Pemenang Anugerah Terulung Johan, Naib Johan dan Ketiga
                     b. Medal dan Sijil Anugerah Terulung Harapan
                              7 pemenang Anugerah Terulung Harapan yang terpilih ke peringkat akhir
                     c. Sijil Anugerah Sinar Harapan
                              Diberikan kepada 30 pasukan yang terpilih ke peringkat saringan
                     d. Sijil penyertaan
                              Kepada semua yang hantar penyertaan tetapi tidak terpilih ke peringkat saringan.

                   Syarat penyertaan akan dimaklumkan melalui surat pemakluman/ laman sesawang rasmi MInD IPG
                     2022.

                   Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2022













                                                                                                           19
            DRAF KEMASKINI 07.02.2022
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26