Page 140 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 140
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
APLIKASI C-PANTUN
Azlin binti Mohd Rosdi, Anida binti Idrus
Salmiah binti Md Salleh
IPG Kampus Pendidikan Teknik
SINOPSIS
Inovasi yang dihasilkan ialah Aplikasi C-Pantun. Huruf C merupakan
singkatan kepada maksud cuba, cipta dan cakna. Inovasi ini memfokuskan
kepada penciptaan pantun dengan mudah, cepat dan seronok oleh sesiapa
sahaja (masyarakat) yang menggunakan aplikasi ini. Melalui aplikasi ini,
seseorang itu akan membina ‘maksud’ pantun berdasarkan tema yang dipilih
dan seterusnya membina ‘pembayang’ berdasarkan suku kata dan perkataan
yang disediakan. Aplikasi ini mempercepatkan seseorang untuk membina
‘pembayang’ pantun yang sebelum ini mengambil masa yang agak lama untuk
dicipta kerana kekurangan perbendaharaan kata. Penggunaan aplikasi ini akan
menjadikan penciptaan pantun menjadi mudah dan cepat. Selain inovasi reka
cipta, Aplikasi C-Pantun ini juga merupakan inovasi proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Melalui inovasi ini, murid bukan sahaja seronok dan aktif
semasa PdP di dalam kelas seperti yang diaspirasikan dalam Program
Transformasi Sekolah TS25 tetapi mampu menggunakan kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) apabila perlu membina ayat yang bersesuaian dengan
tema tertentu. Selain itu, pelaksanaan inovasi ini sudah pasti menggunakan
lima standard asas PAK 21, iaitu 4K dan 1N. Semasa PdP, murid akan
berkomunikasi dan berkolaboratif dalam kumpulan untuk mencuba dan
seterusnya mencipta pantun secara kreatif dan kritis. Berdasarkan pantun
yang dicipta, murid akan cakna tentang nilai murni dan estetika yang terdapat
dalam pantun tersebut. Sesuai dengan objektif seni bahasa yang dipelajari
mengikut DSKP, keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni
bahasa ini terutama mencipta pantun Melayu dapat membantu murid
memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
RASIONAL PROJEK
Menyedari bahawa puisi tradisional seperti pantun dapat mendidik masyarakat
dengan nilai estetika, budi yang luhur dan pengajaran yang terdapat di
dalamnya, Kementerian Pendidikan telah meletakkan seni bahasa seperti
pantun untuk dipelajari oleh murid-murid sekolah rendah dan dalam mata
pelajaran KOMSAS kepada murid tingkatan satu hingga lima. Mengapa seni
bahasa?
Seni bahasa dapat membentuk kehidupan dan sifat-sifat peribadi murid yang
melibatkan perasaan, daya kreativiti, persepsi, konsepsi, imaginasi dan
estetika bagi pengembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani untuk
melahirkan insan yang seimbang. Pembentukan ayat yang menggunakan
simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam
puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam
bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, salah satu objektif aspek seni
131

