Page 141 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 141

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


                        bahasa yang terdapat dalam mata pelajaran bahasa Melayu ialah membina
                        pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan dan
                        intonasi yang betul.

                        Namun  begitu,  agak  sukar  bagi  murid-murid  atau  masyarakat  untuk
                        mencipta  pantun  kerana kurangnya perbendaharaan kata. Pembayang yang
                        dicipta  tidak  menunjukkan  keindahan  seni  bahasa  itu  sendiri  kerana
                        kurangnya  unsur-unsur  alam  yang  digunakan.  Hal  ini  disebabkan  mereka
                        kekurangan     perbendaharaan       kata.    Kesukaran     untuk  mendapatkan
                        perbendaharaan  kata  yang  sesuai  dan  indah  disebabkan  kurang  ilmu
                        pengetahuan lantaran kurang membaca. Tambahan pula, mereka mengambil
                        masa yang agak lama untuk menyiapkan pantun kerana terpaksa memikirkan
                        pembayang yang sesuai dan menepati rima akhir. Oleh sebab itu, aplikasi C-
                        Pantun telah direka cipta untuk memudahkan sesiapa sahaja yang berminat
                        untuk  mencuba  mencipta  pantun  dan akhirnya cakna terhadap nasihat dan
                        pengajaran yang diungkapkan secara tersirat.

                        Objektif Projek

                        Aplikasi  C-Pantun  dibuat  adalah  untuk  membantu  masyarakat  atau  murid
                        sekolah untuk mencipta pantun dengan cepat dan  mudah. Rima akhir atau
                        suku kata akhir telah disediakan dalam aplikasi ini dan murid perlu membina
                        ayat menggunakan suku kata akhir tersebut. Penyediaan suku kata akhir ini
                        dapat  mempercepatkan penciptaan pantun tanpa perlu  berfikir terlalu lama.
                        Aplikasi  ini  juga  melatih  murid  atau  masyarakat  mencipta  ayat  dengan
                        perbendaharaan  kata  yang  tinggi  justeru  memahirkan  mereka  untuk
                        berbahasa  indah.  Selain  itu,  murid  atau  masyarakat  akan  lebih
                        berketerampilan dalam berbahasa.

                        STRATEGI PENYELESAIAN

                        Bagi  membantu  memudahkan  pelajar  membina  pantun,  kami  telah
                        membangunkan  Aplikasi  C-  Pantun  menggunakan  Visual  Basic.  Di  dalam
                        aplikasi ini memuatkan 10 tema pantun. Aplikasi ini memudahkan murid dari
                        segi pemilihan suku kata rima akhir. Contohnya, sekiranya suku kata akhir ialah
                        a,  murid  dapat  mencapai  hampir  semua  perkataan  yang  mempunyai suku
                        kata akhir ialah a. Aplikasi ini menyediakan 60 suku kata dengan 2000 patah
                        perkataan. Paparan  yang  mesra  pengguna. Setiap  button  yang  disediakan
                        mempunyai  arahan  yang  jelas.  Manual  penggunaan  juga  dibekalkan
                        menggunakan  video. Walaupun aplikasi ini  menyediakan  suku kata, namun
                        murid  masih  memerlukan  pemikiran  yang  kritis  untuk  mencipta  pantun
                        mengikut  tema  yang  dipilih.  Gambaran  keseluruhan  strategi  penyelesaian
                        dapat dilihat seperti rajah di bawah.



                                                               132
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146