Page 187 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 187

ISSN 0128-1410                                                     KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


                                                                JAWI2EASY
                                           Norarbainah Shafie, Zainab Ismail, Farah Farhana Rosli
                                                   Zambri Ahmad, Shakib Ar Selan Mat Saman
                                                         IPG Kampus Tuanku Bainun

                                                                  SINOPSIS

                           Jawi2easy  mengandungi  kaedah  pembelajaran  jawi  yang  dibina
                           menggunakan  perisian  digital  dengan  aplikasi  Zappar.  Jawi2easy
                           merupakan  cetusan  idea  kumpulan  K5P  berdasarkan  kajian  tinjauan
                           [http://bit.ly/KAJIANKAFA]  terhadap  guru  agama  yang    terlibat  secara
                           langsung  yang  mengaplikasikan  tulisan  jawi  dalam  pengajaran  dan
                           pembelajaran.  Hasil  kajian  tinjauan  tersebut  mendapati  masalah  utama
                           guru agama adalah kekeliruan dalam menulis jawi menggunakan sistem
                           ejaan  jawi  yang  betul.    Jawi2easy  dihasilkan  dengan  bersumberkan
                           Pedoman  Ejaan  Jawi  Yang  Disempurnakan  (PEJYD)  yang  diiktiraf  oleh
                           Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bermula dengan QR-Jawi (2018), Jawi
                           F1 (April 2019) dan QaJaDi (Julai 2019) yang masing-masing memperoleh
                           gangsa dan emas di peringkat IPG dan Kebangsaan. Matlamat Jawi2easy
                           dihasilkan adalah untuk membantu guru dan pelajar dari peringkat bawah
                           sehinggalah peringkat IPT serta individu yang berminat untuk memahami
                           dan  menguasai  kaedah  ejaan  dan  tulisan  jawi  yang  betul  berdasarkan
                           sistem ejaan jawi yang disempurnakan. Di samping itu, Jawi2easy  dapat
                           dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam PdPc, pembelajaran
                           kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat. Jawi2easy yang dihasilkan ini
                           mempunyai  elemen  TMK  yang  merupakan  salah  satu  daripada  ciri
                           pedagogi Pembelajaran abad ke 21. Malah, projek inovasi Jawi2easy ini
                           juga  bersesuaian  dengan  pendidikan  dalam  era  revolusi  Industri  IR  4.0
                           pada masa kini.

                           RASIONAL PROJEK

                           Kumpulan  K5P  telah  menjalankan  kajian  tahap  penguasaan  tulisan  jawi
                           dalam  kalangan  guru  Kafa  negeri  Pulau  Pinang.  Hasil  kajian  tinjauan
                           tersebut  mendapati  masalah  utama  guru  Kafa  adalah  kekeliruan  dalam
                           menulis jawi menggunakan sistem ejaan jawi yang betul. Selain itu, hasil
                           soal  selidik  yang  dijalankan  terhadap  pelajar  program  persediaan  ijazah
                           sarjana muda pendidikan islam juga didapati tahap penguasaan kaedah jawi
                           adalah rendah. Hal ini dapat dibuktikan melalui analisa dokumen hasil kerja
                           kursus  dan  pentaksiran  akhir  kursus.  Bermula  dengan  permasalahan ini,
                           Pasukan  K5P  telah  membuat  keputusan  untuk  melaksanakan  projek
                           Jawi2easy.






                                                        178
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192