Page 183 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 183

ISSN 0128-1410                                                     KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        Pendekatan  ini  dapat  memberi  kesan  kepada  perubahan  sikap  dan
                        peningkatan kemahiran sosial pelajar. Ini kerana projek e Eazee Hajj ialah satu
                        kaedah  pemudahcara  dalam  pembelajaran  haji  dan  umrah  yang  sedia
                        dimaklumi amat kompleks jika diajar secara biasa. Melalui projek ini pelajar
                        dapat menghayati pelaksanaan ibadah ini melalui video sekali gus membentuk
                        jiwa  pelajar  lebih  halus  dan  takutkan  Allah.  Pelajar  akan  timbul  rasa  ingin
                        melakukan ibadah dengan cara yang paling terbaik kerana bukan setiap tahun
                        ibadat ini dapat dilakukan. Jadi mereka akan menghayati setiap perbuatan haji
                        dan umrah dengan teliti. Berlaku perubahan sikap daripada tidak tahu kepada
                        tahu cara pelaksanaan haji dan umrah dan dapat membezaan perkara rukun,
                        wajib  dan  sunat  haji.  Bantuan  bacaan  doa  dan  zikir  melalui  audio  dapat
                        menyemai rasa khusyuk dan yakin kerana dibimbing oleh audio bacaan qari.

                        Dari  segi  peningkatan  kemahiran  sosial  pula.  Aktiviti  pembelajaran  imersif
                        maya ini dapat dilakukan secara koperatif dan individu. Jika secara koperatif,
                        kemahiran sosial dapat ditingkatkan. Guru dapat mempelbagaikan kaedah ini
                        sama ada untuk sesi pembelajaran, pengukuhan, pemulihan atau penilaian.
                        Pelajar akan melakukan perbincangan dengan rakan untuk memantapkan lagi
                        pengetahuan  dan  penganalisisan  mereka  terhadap  pembelajaran  haji  dan
                        umrah.

                        Bukti penggunaan

                        Pautan https://youtu.be/jr5yTPJLFc0

                            PERLUASAN / KOMERSIAL

                        Projek inovasi Eazee Hajj ini berjaya disebar luaskan kepada semua peringkat
                        masyarakat  sama  ada  murid  sekolah,  pelajar  IPT,  para  pendidik  dan
                        masyarakat  awam.    Penggunaan  apps  Eazee  Hajj  secara  percuma  boleh
                        dimuat  turun  daripada  Google  Playstore  pada  bila-bila  masa  dan  di  mana
                        sahaja.  Kod  QR  juga  merupalan  akses  alternatif  yang  boleh  digunakan.
                        Berdasarkan halaman utama kod QR, didapati pengunjung apps ini tercatat
                        seramai 2245 orang di seluruh Malaysia.

                        Tarikh mula dilaksanakan adalah pada 24 Mac 2019 ke atas dua kumpulan
                        guru Dini (40 orang) yang mengikuti Kursus dalam Cuti (KDC) di IPG Kampus
                        Tuanku Bainun (IPGKTB). Seterusnya dilaksanakan dalam kalangan pelajar
                        IPG  PPSMP  Sem  1  (150  orang)  dan  PISMP  Sem  8  (14  orang)  Pengajian
                        Agama  di  IPGKTB.  Pernah  juga  dilaksanakan  kepada  murid  sekolah
                        Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 oleh guru Pendidikan Islam di beberapa buah
                        sekolah menengah di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis iaitu di
                        Sekolah  Menengah  Sukan  Bukit  Jalil,  Selangor,  SMK  Kota  Kuala  Muda,
                        Kedah,  SMKA  Arau,  Perlis,  SABK  al-Hidayah,  Perak  dan  SABK  Maahad
                        Islahiah Addiniah, Perak.

                                                        174
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188