Page 182 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 182

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


                        pensyarah  100%.  mungkin  sekitar  20%  sahaja  malah  ia  dapat  membantu
                        kecekapan  pensyarah  menghurai  fakta  dan  memahamkan  konsep  kepada
                        pelajar.



                            Bukti penggunaan

                             http://www.eazeehajj.info/









                        IMPAK KE ATAS PENGGUNA AKHIR

                        Pembelajaran  ini  berjaya  meningkatkan  pengalaman  pembelajaran  dan
                        pencapaian  pembelajaran  pelajar.  Hal  ini  kerana  ia  mampu  memberi  ilmu
                        pengetahuan yang baharu kepada pelajar. Topik haji dan umrah adalah suatu
                        tajuk yang kompleks dan sukar dan memandangkan pelaksanaannya hanya di
                        kawasan sekitar Mekah maka pelajar kita di sini tidak dapat membayangkan
                        bagaimana  pelaksanaan  ibadah  di  sana.  Jadi  pembelajaran  imersif  secara
                        maya  diperlukan  untuk  pelajar  meneroka  bagaimana  pelaksanaan  ibadah
                        tawaf dan saie misalnya dilakukan. Ini kerana terdapat video keadaan sebenar,
                        malah audio bacaan niat, bacaan talbiah, doa setiap pusingan tawaf dan saie
                        turut  disediakan.    Penggunaan  warna  bagi  membezakan  rukun,  wajib  dan
                        sunat haji dapat memaksimakan pengetahuan murid.

                        Projek ini berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dari aspek kemahiran I.R
                        4.0,  kerana  ia  mampu  membina  kemahiran  yang  baharu  kepada  pelajar.
                        Seperti kemahiran berfikir aras tinggi dan berfikiran kreatif dan inovatif serta
                        berdaya  saing.  Ini  kerana  melalui  inovasi  eazee  Hajj  ilmu  baharu  yang
                        diperolehi  melalui  apps  yang  lengkap  dengan  info  grafik,  audio  dan  video.
                        Video yang menayangkan cara memakai kain ihram, tawaf dan saie mampu
                        membina  kemahiran  baharu  dalam  diri  pelajar  dan  membimbing  mereka
                        melakukannya  dengan  betul.  Audio  niat  dan  doa  juga  mampu  membina
                        kemahiran  baharu  pelajar  dalam  membaca  niat  dan  doa  dengan  betul  dan
                        lancar kerana dibimbing oleh bacaan qari.





                                                               173
   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187