Page 46 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 46

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                                EZ-CAL-HI (KALENDAR MUDAH HAID DAN ISTIHADHAH)
                                  Dr. Nor Kartina binti Tawang, Dr. Norliza binti Nor Hashim,
                                     Maryati binti Mohd Amin, Dr. Raihaniah binti Zakaria,
                                                     Rabaishah binti Azirun
                                               IPG Kampus Pendidikan Islam

                                                          SINOPSIS

                        Inovasi EZ-CAL-HI adalah satu singkatan nama kepada kit berbentuk kalendar
                        yang  mudah  faham,  ingat  seterusnya  beramal  tentang  perkara-perkara
                        penting berkaitan darah-darah wanita menurut perspektif Islam. Projek inovasi
                        ini memilih satu kit mudah akses di mana saja berada sama ada secara online
                        atau  offline.  Amalan  harian  umat  Islam  seperti  solat,  puasa,  haji,  umrah,
                        hubungan suami isteri, talak dan sebagainya boleh terbatal jika kekeliruan dan
                        kesalahan  berterusan.  Kumpulan  kami  menetapkan  satu  pendekatan
                        pembelajaran  yang  ditransformkan  dalam  bentuk  yang  mudah  difahami,
                        senang diingat dan mudah diamalkan. Memiliki kit berkalendar yang mudah
                        faham,  ingat  dan  amal  melalui  kalendar  yang  dinamakan  EZ-CAL-HI  ini
                        mampu menangani masalah kefahaman dan kekeliruan darah wanita serta
                        permasalahan  yang  timbul.  Dapatan  dalam  kajian  rintis  kami  mendapati
                        banyak  kekeliruan,  dan  kesalahan  responden  dalam  kebanyakan  perkara
                        tentang  haid  dan  istihadhah,  maka  kami  telah  membuat  keputusan  perlu
                        mengumpulkan  satu  maklumat  yang  seragam,  terurus  dan  bersistematik
                        tentang maklumat tajuk yang dipilih sebagai panduan asas dan rujukan wanita
                        Islam.  Maklumat  berkaitan  ini  telah  diurus  dalam  sebuah  kalendar  yang
                        menarik, mudah guna, mudah dibawa, kos yang murah selain dapat diakses
                        melalui  kemudahan  internet.  Tuntasnya,  EZ-CAL-HI  yang  bermaklumat  ini
                        merupakan satu inovasi yang dapat menyelesaikan masalah kefahaman dan
                        kekeliruan fiqh wanita kontemporari yang sangat bersesuaian dengan amalan
                        kehidupan  semua  pelajar  wanita  khususnya  dan  semua  kategori  wanita
                        amnya, mesra pengguna, mudah digunakan, kos yang rendah serta mampu
                        dibawa ke mana-mana.


                        RASIONAL PROJEK

                        Masalah yang dikenal pasti ialah:

                        i.  Responden keliru tentang warna-warna darah wanita mereka.
                       ii.   Responden kurang memahami tempoh sebenar haid dan istihadhah.
                       iii.  Responden  keliru  tentang  perkara  halal  dan  haram  ketika  haid  dan
                          istihadhah.
                       iv.  Responden  tidak  konsisten  tentang  amalan  pengurusan  darah-darah
                          wanita mereka.
                       v.  Responden keliru tentang permasalahan hukum yang timbul akibat salah
                          faham tentang darah-darah wanita.



                                                               37
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51