Page 49 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 49

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        vii.  Dapat  menarik  minat  murid  khususnya  memahami  bentuk  kefahaman
                            darah-darah wanita ini melalui perantaraan penggunaan prototaip yang
                            diperkenalkan.
                       viii.  Meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran guru bersama
                            murid.

                        Projek ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar dari aspek IR 4.0 kerana:

                         i.   Pembentangan  live  berkaitan  EZ-CAL-HI  ini  dibuat  melalui  website
                             Canva.Live, di mana sewaktu pembentang membentangkan slot penting
                             tentang  darah-darah  wanita,  penonton  boleh  mengajukan  persoalan
                             secara  bertulis  di  telefon  pintar  masing-masing  dan  dapat  dilihat  dan
                             dibaca  oleh  pembentang.  Semua  penonton  akan  diberi  kod  untuk
                             mengakses maklumat. Kebaikannya, penonton tidak perlu mengangkat
                             tangan untuk menanyakan persoalan yang sulit.
                        ii.   Semua  isi  kandungan  darah-darah  wanita  ini  menggunakan  design
                             dalam canva.com yang sangat menarik dan jelas.
                       iii.   Dapat diakses dengan kod QR khusus tentang projek ini.

                        Perubahan sikap dan peningkatan kemahiran sosial murid dapat dilihat pada:

                         i.   Dapat membina hubungan yang baik dalam kumpulan.
                        ii.   Dapat memimpin sesama rakan sebaya ke arah satu keputusan terbaik.
                       iii.   Dapat menyelesaikan masalah semasa dan akan datang.
                       iv.   Menjiwai semangat berpasukan.
                        v.   Melatih  komunikasi  guru  dengan  pelajar,  pelajar  dengan  guru  dan
                             sesama rakan sebaya.
                       vi.   Dapat mempengaruhi mod pembelajaran ke arah terbaik.
                       vii.   Dapat  menyelesaikan  pengurusan  konflik  dengan  cara  terbaik  dan
                             menepati hokum.
                      viii.   Guru dan pelajar sebagai pemangkin perubahan dalam medan ilmu dan
                             organisasi.
                       ix.   Sentiasa melahirkan kolaborasi dan kerjasama yang padu.


                      Berikut adalah analisa dalam ujian Pra dan Post bagi projek kami. Soal selidik
                      telah diisi oleh 100 orang murid perempuan daripada 4 buah sekolah iaitu SK
                      Convent Kajang, Selangor, SMK Jalan 4 Bandar Baru Bangi, Selangor dan SMA
                      Sungai  Merab  Luar,  Kajang,  Selangor  dan  SMK  Dato’  Abu  Bakar  Baginda,
                      Bangi, Selangor.





                                                               40
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54