Page 48 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 48

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021


                        Wanita Menurut Persepektif Islam’ (2017) berbentuk kualitatif dan kuantitatif.
                        Hasil  daripada  penulisan  ini  satu  idea  telah  terbina  untuk  menghasilkan
                        sebuah  kit  yang  mudah  faham  dan  ringkas  untuk  kemudahan  semua
                        peringkat.

                        PENGGUNAAN

                        Kekerapan – Secara individu kit ini digunakan sekurang-kurangnya sebulan
                        sekali  atau  berulang  kali  bergantung  kepada  keperluan  individu.  Secara
                        berkumpulan  ianya  menjadi  rujukan  semasa  kumpulan  yang  memerlukan
                        rujukan.  Sekurang-kurangnya  wanita  akan  mengalami  sekali  sebulan
                        kedatangan haid.

                        Masa  -  Bergantung  kepada  kebiasaan  wanita  berkenaan.  Masa  ini  juga
                        bergantung  kepada  individu  yang  mengalaminya  seperti  7  hari,  9  hari
                        sehinggalah semaksima haid dalam tempoh sebulan.

                        Keberkesanan:  EZ-CAL-HI  ini  sangat  berkesan  digunakan  oleh  semua
                        individu dan kumpulan wanita yang ingin mengukuhkan pengetahuan darah-
                        darah haid atau istihadhah mereka.








                        IMPAK KE ATAS PEMBELAJARAN MURID

                        Impak  utama  ke  atas  pengalaman  pembelajaran  dan  pencapaian
                        pembelajaran murid:

                         i.  Penambahbaikan  kefahaman  dalam  hal-hal  warna  darah  wanita  baik
                            murid  sekolah  rendah,  menengah,  Institut  Pengajian  Tinggi  (IPT),
                            golongan bekerja dan masyarakat umum.
                         ii.  2+1 dalam penambahan ilmu – Ilmu bertambah dan keseronokan belajar
                            berganda.
                        iii.  Kejelasan hukum halal haram yang boleh memberi impak dosa dan pahala
                            kepada muslim.
                        iv.  Membantu murid secara efektif tarikh-tarikh sebenar haid dan istihadhah.
                         v.  Mewujudkan semangat bekerjasama yang melibatkan ahli kumpulan.
                        vi.  Menjamin  keseimbangan  kefahaman  dan  amalan  sebenar  dalam  fiqh
                            taharah menurut perspektif Islam.



                                                               39
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53