Page 5 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 5
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
_________________________________________________________________________
KATA ALU-ALUAN REKTOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan keizinan-
Nya, akhirnya buku Koleksi Inovasi IPG Jilid 8 dan 9 ini dapat diterbitkan juga
meskipun keadaan negara yang sedang berperang dengan pandemik COVID-19 ini.
Buku Koleksi Inovasi IPG ini adalah kompilasi 20 laporan dan poster terbaik yang
terhasil daripada penganjuran Minda Inovasi Dinamik (MInD) Institut Pendidikan Guru
(IPG) 2020 yang telah berlangsung pada 6 Ogos 2020 di IPG Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan. Pada tahun ini buku ini berjaya diterbitkan sebanyak dua
jilid iaitu Jilid 8 dan Jilid 9 berdasarkan dua kategori iaitu kategori pensyarah dan
kategori gabungan. Semoga buku ini dapat menjadi rujukan dan dimanfaatkan sebaik-
baiknya oleh para pelajar dan juga pensyarah IPG khususnya dalam menyemarakkan
lagi budaya inovasi di IPG dan sekolah secara keseluruhannya.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
pemenang yang telah berjaya di dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan dalam
MInD IPG 2020. Ucapan tahniah juga ditujukan kepada sidang redaksi yang telah
berjaya menerbitkan buku ini. Semoga usaha yang baik ini dapat diteruskan lagi pada
masa-masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
iii

