Page 10 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 10
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
JarGo
Dr. Lisa Yip Shukye, Lye Guet Poh, Lim Guat Goh
IPG Kampus Ilmu Khas
SINOPSIS
Projek inovasi ini bertujuan memperkenalkan permainan JarGo untuk
membantu murid menguasai elemen asas sejarah yang amat diperlukan
dalam pembelajaran sejarah. JarGo terdiri daripada kad-kad yang
mengandungi senarai tokoh, tempat, peristiwa dan tarikh untuk membantu
murid memahami peristiwa-peristiwa sejarah. Permainan ini menyeronokkan
dan mudah dikendalikan untuk merangsang minat murid-murid terhadap mata
pelajaran Sejarah. JarGo sesuai digunakan oleh murid-murid sekolah rendah
dan sekolah menengah. JarGo telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah
rendah dalam daerah Tuaran. Hasil pelaksanaan inovasi ini menunjukkan
bahawa JarGo memudahkan murid memahami Sejarah. JarGo juga mampu
mengubah persepsi murid daripada negatif kepada positif terhadap mata
pelajaran Sejarah. Pendek kata, JarGo dapat menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran Sejarah lebih hidup dan menarik.
RASIONAL PROJEK
Murid-murid menganggap Sejarah sebagai mata pelajaran yang sukar kerana
terpaksa belajar peristiwa lepas yang kurang berkaitan dengan mereka.
Mereka tidak dapat melihat perkaitan dan kesinambungan peristiwa-peristiwa
yang berlaku. Masalah ini berpunca daripada kegagalan murid menguasai
kemahiran pemikiran sejarah yang melibatkan elemen asas sejarah seperti
tokoh, tempat, peristiwa dan tarikh/masa. Oleh itu akhirnya murid-murid akan
bertindak menghafal fakta-fakta sejarah tanpa memahaminya untuk
menghadapi peperiksaan. Akibatnya, apa yang dipelajari tidak akan kekal
dalam ingatan murid disebabkan kekurangan proses penaakulan. Maka
elemen permainan cuba diserap ke dalam pembelajaran sejarah
memandangkan dunia kanak-kanak adalah dunia bermain (Buzan, 2010 dan
Piaget, 1962).
Objektif projek
i. meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah dalam aspek elemen asas
sejarah.
ii. melibatkan pembelajaran secara aktif.
iii. memberi keseronokan belajar kepada murid.
1

