Page 6 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 6
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
_________________________________________________________________________
KATA ALU-ALUAN KETUA EDITOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
keizinan-Nya, akhirnya buku Koleksi Inovasi IPG ini dapat diterbitkan juga walau pun
sedikit terlewat disebabkan kekangan COVID-19 yang menuntut norma baharu
sewaktu pembikinan buku ini.
Buku ini merupakan kompilasi 20 buah laporan dan juga poster terbaik daripada lebih
280 laporan dan poster yang dihantar untuk pertandingan MInD Inovasi, iaitu salah
satu pertandingan dalam Minda Inovasi Dinamik (MInD) IPG 2020 yang telah
diadakan pada 6 Oktober 2020 di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri
Sembilan. Buku ini diterbitkan dalam dua jilid iaitu Jilid 8 yang dikhususkan kepada
kategori pensyarah IPG dan Jilid 9 yang dikhususkan kepada kategori gabungan
pelajar dan pensyarah IPG.
Adalah diharapkan buku ini dapat menyuntik semangat dan menjadi sumber inspirasi
kepada para pensyarah dan juga pelajar IPG untuk menghasilkan produk dan hasil
inovasi yang lebih menarik dan efektif pada masa hadapan. Ini ditambah dengan
situasi norma baharu yang menjurus ke arah pengajaran dan pembelajaran secara
dalam talian dengan penghasilan inovasi secara digital.
Pada ruangan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sidang
redaksi dan para editor yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam
penghasilan buku ini.
Sekian, terima kasih.
Dr. Norhannan binti Ramli
Penolong Pengarah
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
iv

