Page 74 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 74
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
PERLUASAN / KOMERSIAL
Tiga sebab utama Magic Ring mempunyai nilai komersial dalam pendidikan
iaitu:
i. Bentuk fizikal yang menarik
Bentuk fizikal yang menarik berjaya menarik perhatian murid kerana ia adalah
gabungan sepuluh ring kecil yang berwarna-warni yang disusun secara
berselang-seli, dan goyangannya boleh mengeluarkan bunyi muzik yang
menyeronokkan pembelajaran.
ii. Daya replikasi
Alat inovasi yang menarik dan berbentuk hands-on ini dapat mendorong
semangat belajar, memupuk minat, dan meningkatkan keyakinan diri murid
dalam pembelajaran operasi tambah dan tolak. Magic Ring mempunyai daya
replikasi yang tinggi. Ini kerana alat inovasi ini mesra pengguna, cekap, selesa
digunakan dengan langkah-langkah penggunaan yang mudah dan boleh
diguna pakai oleh sesiapa sahaja.
iii. Kos perbelanjaan
Ketiga ialah kos perbelanjaan seunit Magic Ring adalah sangat murah
(RM2.10). Hanya dua unit Magic Ring diperlukan sekiranya melakukan
pengiraan operasi tambah dan tolak antara dua nombor dengan mengumpul
semula dengan RM4.20 sahaja. Harga yang berpatutan ini adalah dalam
kemampuan kewangan pendidik, ibu bapa dan murid.
Komen guru-guru SK Minawo dan SJKC Cheng Ming
65

