Page 79 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 79
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
pada dirinya. Klien yang berada dalam situasi yang tidak selesa akan
menghadapi kesukaran memikirkan strategi yang sesuai untuk membantu
dirinya. Oleh itu, klien akan mempelajari kemahiran daya tindak diri untuk
meningkatkan kesejahteraan diri melalui aktiviti inovasi ini. Selain itu,
penghasilan produk inovasi ini membantu klien memperoleh idea-idea atau
teknik daya tindak yang bersesuaian dan mampu dipraktikkan oleh klien
sendiri.
STRATEGI PENYELESAIAN
Strategi penerokaan isu dan mengenal pasti isu yang dihadapi oleh klien
melalui “Six Frame Reality”
i. Membina matlamat klien (kehendak).
ii. Kenal pasti latar belakang isu klien (halangan).
iii. Kenal pasti tindakan klien (pilihan).
iv. Kenal pasti isu utama klien (Isu utama).
v. Kena lpasti kekuatan/potensi diri klien (sokongan).
vi. Kenal pasti komitmen klien (tempoh).
Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti inovasi “Six Frame Reality”
i. Sediakan 6 helai kertas A4/ kertas lukisan bersaiz 15cmX15cm.
ii. Tandakan No. 1 hingga 6 di belakang kertas (1 kertas 1 nombor).
iii. Lukiskan jawapan pada kertas lukisan/ A4 ikut arahan soalan.
iv. Mulai No.1 hingga No.6.
v. Lekatkan semua lukisan ke atas “6 frame” mengikut turutan No. 1 hingga
No. 6.
vi. Klien berkongsi mengikut lukisan No.1 hingga No. 6.
vii. Kaunselor/ GBK memainkan peranan mendengar dan bertanya
soalan berdasarkan 5W1H (why, what, when, where, who, how)
mengikut kesesuaian.
70

