Page 78 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 78

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                                                     SIX FRAME REALITY
                                               Cik Lai Yee Moi, Cheu Ching Ding
                                                     IPG Kampus Rajang

                                                          SINOPSIS

                        Projek inovasi “Six Frame Reality” mempunyai 6 petak tersusun seperti frame
                        dan setiap petak membawa satu perkara yang akan diperhatikan dalam isu
                        klien. Projek inovasi ini mendapat ilham daripada teknik WDEP dalam teori
                        realiti, iaitu salah satu teori kaunseling. Oleh itu, projek inovasi dinamakan
                        “Six Frame Reality”  yang  dihasilkan  bertujuan  membantu  kaunselor/  Guru
                        Bimbingan  dan  Kaunseling  (GBK)  yang  menghadapi  kesukaran  dalam
                        menerokai  isu  klien  dan  mengenal  pasti  isu  klien.  Projek  inovasi  ini  juga
                        adalah usaha untuk membantu klien mengenal pasti konflik dalaman diri dan
                        mendapat celik akal untuk membuat perubahan diri demi kesejahteraan diri.
                        Penghasilan inovasi  ini memberi satu pendekatan/ strategi baharu kepada
                        para kaunselor/ GBK untuk menerokai isu klien dengan mudah dan cepat.
                        Kaunselor/  GBK  dan  klien  memainkan  peranan  masing-masing  dalam
                        pelaksanaan aktiviti inovasi ini. Produk inovasi ini murah harganya (kurang
                        daripada RM10) dan mudah dibina. Ia sesuai untuk klien yang menghadapi
                        masalah berkaitan  dengan emosi, tingkah laku dan pemikiran. Seramai 30
                        orang peserta (klien) yang terlibat dalam pelaksanaan aktiviti projek inovasi
                        ini iaitu dalam kalangan murid prasekolah, pelajar institut dan staf sokongan
                        di  daerah  Meradong.  Hasil  pemerhatian  dan  keputusan  setelah  aplikasi
                        inovasi ini didapati anak murid prasekolah, pelajar institut dan staf sokongan
                        menunjukkan kesedaran tentang isu dialami, peningkatan motivasi diri dan
                        kesejahteraan diri.



                        RASIONAL PROJEK

                        Program  Meningkatkan  Kesedaran  Kesejahteraan  Psikologi  (3A-Sedar,
                        Peka,  Tindak)  yang  diperkenalkan  oleh  Kementerian  Pendidikan  Malaysia
                        (KPM)  merupakan  program  sentuhan  kaunseling  dan  psikologi  dalam
                        membina semula struktur  diri yang sejahtera. Sehubungan itu, warga KPM
                        perlu  dibantu  agar  isu-isu  psikologi  yang  mereka  hadapi   dapat  ditangani
                        dengan sebaiknya. Penerokaan isu dan mengenal pasti isu klien merupakan
                        satu langkah yang sangat penting dalam sesi kaunseling. Kaunselor sering
                        menghadapi kesukaran dalam penerokaan isu klien dan mengenal pasti isu
                        yang dihadapi oleh klien semasa menjalani sesi kaunseling. Dalam inovasi ini,
                        idea 6 petak itu merupakan satu strategi yang mudah dibina, dilihat, difahami
                        dan dibawa. Klien diberi 6 soalan dan akan dibantu oleh kaunselor.

                        Objektif pelaksanaan projek inovasi ini adalah membantu klien memperoleh
                        kesedaran berkaitan isu yang dihadapi dan mengenal pasti potensi diri yang
                        sedia ada pada diri klien. Dengan itu, klien akan mendapat celik akal dan
                        motivasi diri, seterusnya meningkatkan keinginan untuk membuat perubahan

                                                               69
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83