Page 89 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 89
ISSN 0128-1410 KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021
Wa (Harmoni): Satu Konsep Pembelajaran Bermakna dalam
Pendidikan Bahasa Jepun
Dr. Ang Chooi Kean, Ngu Moi Kwe
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
SINOPSIS
Projek KPPB bagi Program Diploma Pasca Siswazah (PDPP) Pendidikan
Bahasa Jepun menggabungjalinkan tiga kursus, iaitu Budaya Jepun
(BJPB2053), Pedagogi Bahasa Jepun (BJPB2023) dan Teknologi dan Media
Pengajaran (EDUP2053) bagi memberikan pendedahan terhadap Kapasiti
Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) serta memperkukuh kemahiran
merancang dan melaksanakan aktiviti yang mengintegrasikan elemen
budaya dan penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Jepun melalui projek KPPB dalam kalangan siswa pendidik PDPP
Bahasa Jepun.
RASIONAL PROJEK
Projek KPPB ini mengutarakan konsep “和 (WA)” atau Harmoni sebagai “big
idea” projek memandangkan konsep 和 merupakan salah satu unsur amalan
budaya yang penting dalam masyarakat Jepun dan ia bersesuaian dengan
keperluan kurikulum semasa bahasa Jepun di sekolah menengah. Projek ini
juga sejajar dengan trend pembelajaran ‘personalised’ di mana elemen 6C
telah disepadukan dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) bagi
memberi siswa pendidik peluang untuk melibatkan diri secara aktif dan
belajar menggunakan pengetahuan yang diperoleh dalam merancang dan
melaksanakan PdPc sebagai bakal guru bahasa Jepun.
Objektif Projek
i. Mendedahkan siswa pendidik kepada pengetahuan dan kemahiran
merancang dan melaksanakan KPPB melalui pembelajaran berasaskan
pengalaman dan pengintegrasian konsep 3P serta elemen 6C dalam
PdPc.
ii. Memantapkan pengetahuan dan kemahiran merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Jepun berasaskan
integrasi kemahiran bahasa dan penggunaan aplikasi TMK yang
bersesuaian.
iii. Menyediakan audien dan platform bagi siswa pendidik melaksanakan
pakej pembelajaran bahasa Jepun yang dibangunkan.
iv. Meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri siswa pendidik dalam
mengurus projek yang telah dirancang.
80

