Page 90 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 90

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                         v.  Menggalakkan  siswa  pendidik  berfikir  secara  kreatif  dan  kritis  dalam
                            perancangan  dan  pelaksanaan  pengajaran  dan  pembelajaran  bahasa
                            Jepun.

                        STRATEGI PENYELESAIAN

                        Projek  KPPB  merentasi  tiga  kurikulum  bagi  memudahkan  serta
                        meningkatkan efikasi  pengajaran  dan  pemudahcaraan  subjek  bahasa  dan
                        budaya  Jepun  dengan  berlandaskan  model  TPACK.  Model  ini  digunakan
                        untuk  membolehkan  guru  mewujudkan  suasana  pengajaran  dan
                        pemudacaraan  efektif,  di  mana  pedagogi  guru  dan  teknologi  dipadankan
                        dengan  kandungan  yang  diajar  ke  arah  pelibatan  aktif  pelajar,  proses
                        pembelajaran  mendalam  serta  pencapaian  hasil  pembelajaran  yang
                        disasarkan.

                        Penghasilan pakej pembelajaran yang asli berdasarkan Konsep Budaya 3P
                        (Produk,  Perspektif,  Praktis).  Tema  “Wa”  (Harmoni)  dalam  budaya
                        masyarakat Jepun dipilih sebagai idea rangsangan pemikiran secara kritis
                        dan kreatif bagi mencetus pembelajaran secara mendalam dalam kalangan
                        siswa pendidik PDPP bahasa Jepun bagi penghasilan pakej pembelajaran
                        berdasarkan 5 sub-tema iaitu (a) Wa dalam Kehidupan (b) Wa dalam Tubuh
                        Badan (c) Wa dalam Minda (d) Wa dalam Rohani (e) Wa dalam Alam Sekitar.


                        PENGGUNAAN

                        Pakej  Pembelajaran  yang  telah  dihasilkan  oleh  siswa  pendidik  telah
                        dilaksanakan dengan jayanya oleh pelajar bahasa Jepun Tingkatan 1 hingga
                        4 di lima buah sekolah menengah secara maya (ekoran pandemik COVID-
                        19) dengan menggunakan aplikasi Padlet.

                        Pembentangan  kumpulan  dilaksanakan  melalui  Google  Classroom  (ekoran
                        pandemik COVID-19). Penilaian kendiri dan rakan sebaya telah dilaksanakan
                        menggunakan  senarai  semak/rubrik  berasaskan  elemen  6C.    Berdasarkan
                        hasil  penilaian  dan  maklum  balas,  tindakan  penambahbaikan  telah
                        dilaksanakan.









                                                               81
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95