Page 92 - KOLEKSI INOVASI JILID 8 EDISI MInD IPG 2020
P. 92

ISSN 0128-1410                                                       KOLEKSI INOVASI JILID 8/2021



                        Pengalaman  dalam  merancang  dan  menghasilkan  pakej  pembelajaran
                        projek  ini  telah  merangsang  dan  memupuk  siswa  pendidik  menjadi  guru
                        berkualiti  dengan  melengkapkan  diri  mereka  dengan  kemahiran  dan
                        pengetahuan  yang  diperlukan  serta  kesediaan  untuk  bekerja  dengan
                        maklumat  dan  teknologi  sebagai  platform  untuk  membina  persekitaran
                        pembelajaran sepanjang hayat.

                        Setiap kumpulan (terdiri daripada 3 ahli) secara berkolaboratif merancang
                        dan melaksanakan aktiviti PdPC dengan mengaplikasi konsep budaya 3P
                        mengikut sub-tema kumpulan masing-masing.

                        Hasil  dapatan  kajian  tinjauan  terhadap  tahap  keberkesanan  penerapan
                        elemen  6C  (komunikasi,  pemikiran  kritis,  pemikiran  kreatif,  kolaborasi,
                        karakter dan sahsiah serta kenegaraan) dalam proses pembelajaran siswa
                        pendidik.    Pada  keseluruhannya,  dapatan  kajian  memaparkan  lingkungan
                        julat skor min berada pada 8.00 hingga 8.87 untuk kesemua item bagi elemen
                        6C seperti yang dirumuskan pada Rajah 2.


































                                   Rajah 2. Rumusan Skor Min Mengikut Konstruk Item


                        Kejayaan siswa pendidik yang telah menyertai MiND Pamer dengan mendapat
                        sijil penghargaan dan MiND Inovasi dengan memperoleh Sijil Pingat Gangsa.
                        Di  samping  penyertaan  dalam  MinD  Pamer  Kategori  Gabungan:  Pakej
                        Pembelajaran KPPB Konsep Budaya Jepun “WA”.


                                                               83
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97