Page 24 - PSV Tingkatan 1
P. 24
BIDANG : BAHASA SENI VISUAL
TAJUK : RUANG
Definisi Ruang - Ruang adalah jarak antara objek yang wujud di alam nyata dan karya
seni visual.
- Ruang dalam seni visual merujuk kepada kawasan kosong di sekeliling
sesuatu objek, jarak di antara objek dan kedalaman sesuatu objek.
Jenis Ruang
➢ Ruang terbahagi kepada dua jenis iaitu :
● Ruang Nyata - Ruang tertutup ialah ruang bagi kawasan terhad seperti
dalam bilik,dapur atau dalam bangunan.
- Ruang terbuka ialah ruang bagi kawasan lapang seperti
padang, taman, pantai dan sebagainya.
● Ruang Ilusi - Ruang cetek ialah ruang yang kelihatan dekat terbatas.
- Ruang dalam ialah ruang yang memperlihatkan kesan
perspektif dan mempamerkan ruang hadapan, tengah
dan belakang.
- Ruang rata ialah ruang yang terhasil apabila dilukis atau
diolah elemen-elemen gambaran pada satah yang sama.
Fungsi Ruang
➢ Ruang mempunyai pelbagai fungsi dalam karya seni visual.
➢ Ruang fizikal ataupun ruang nyata membolehkan karya seni dilihat daripada
pelbagai sudut.
➢ Interaksi antara karya seni dan audiens membolehkan pengalaman estetik berlaku.
➢ Audiens dapat melihat kualiti sebenar karya tersebut dari segi bahan, gaya, kehalusan
dan mesej yang ingin disampaikan.
➢ Ruang ilusi ataupun ruang tampak berfungsi untuk memperlihatkan karya seni 2D
seperti 3D melalui aplikasi ruang cetek, ruang dalam dan ruang rata.
➢ Ruang mempengaruhi warna dan saiz berdasarkan jarak.
➢ Ruang dapat menampakkan jarak antara satu objek dengan objek yang lain.
➢ Ruang nyata membolehkan karya seni dilihat daripada pelbagai sudut.

