Page 29 - PSV Tingkatan 1
P. 29
Gubahan Warna
➢ Warna sewarna ( monokrom) terhasil melalui pelbagai ton.
➢ Warna harmoni ialah warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna.
➢ Warna penggenap ialah warna yang terletak bertentangan dalam roda warna.
Suhu Warna
➢ Warna panas ialah kumpulan warna yang memberi kesan terang dan garang
➢ Warna sejuk ialah kumpulan warna yang memberi kesan tenang dan damai.
Warna Bertindak
➢ Warna yang akan menimbulkan kesan pantulan warna yang berbeza apabila bertemu
Dengan warna latar yang berlainan.
➢ Dua jenis warna bertindak iaitu :
● Warna bertindak positif
● Warna bertindak negatif
Perspektif Warna
➢ Warna berubah mengikut suasana dan jarak
Fungsi Warna
➢ Fungsi warna ialah untuk berkomunikasi secara langsung dan tidak langsung.
➢ Fungsi warna adalah sebagai repesentasi dari alam semula jadi, ekspresi kendiri,
psikologi dan simbolisme.

