Page 28 - PSV Tingkatan 1
P. 28

BIDANG  :  BAHASA SENI VISUAL

               TAJUK     : WARNA

               Definisi warna - Warna ialah tindak balas ke atas sesuatu permukaan.

                                -  Tanpa cahaya warna tidak wujud.


                                -  Warna dapat dikesan melalui deria penglihatan.

               Jenis Warna

                   ➢  Warna terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

                          ●  Warna Primer ( Asas)

                              -  Warna yang tidak boleh dihasilkan dengan cara campuran warna.
                              -  Warna merah, biru dan kuning.

                          ●  Warna sekunder

                              -  Warna yang dihasilkan daripada campuran dua warna asas.
                              -  Warna jingga, ungu dan hijau.

                          ●  Warna Tertier

                              -  Warna yang dihasilkan daripada campuran satu warna asas dan satu warna
                                 sekunder.
                              -  Warna kuning kehijauanm, kuning kejinggaan, merah keunguan, merah
                                 kejinggaan, biru kehijauan dan biru keunguan.

                   ➢  Jenis-jenis warna ini boleh dilihat dengan jelas menggunakan roda warna.



               Nilai Warna

                   ➢  Ton warna ialah nilai pancaran warna dari gelap ke cerah melalui campuran warna
                      putih atau hitam.

                   ➢  Kroma warna ialah nilai ukuran warna hasil campuran warna penggenap.

                   ➢  Warna neutral ialah hitam, putih dan campuran antara keduanya iaitu kelabu.
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33