Page 2 - Bab 6 : Ancaman komunis Dan Pengisytiharaan Darurat
P. 2

© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
                         PENUBUHAN PARTI KOMUNIS MALAYA ( PKM )



           1       Parti Komunis Malaya ( PKM ) ditubuhkan di Kuala Pilah , Negeri Sembilan , pada 30    April

                   1930.

           (a)      Pada peringkat awal penubuhannya, PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan ,

                   penerbitan akhbar dan sekolah Cina.

           (b)      PKM kemudian menyusup ke dalam Kesatuan Sekerja untuk mengukuhkan             pengaruh

           komunis.


           2       Pada zaman pendudukan Jepun ( 1941 – 1945 ) , PKM memainkan peranan            menentang

           Jepun melalui usaha-usaha berikut :


           (a)      Memerangi Jepun melalui kerjasama dengan British.

           (b)      Membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army ( MPAJA ) atau Bintang Tiga pada tahun

                   1942.

           (c)      Menerima bantuan senjata , latihan , kewangan , bekalan logistik dan      perubatan daripada
           British.







           3      Selepas kekalahan Jepun, PKM merampas peluang kekosongan politik untuk          meluaskan
                  pengaruhnya .


           (a)      Melalui MPAJA, anggota Bintang Tiga keluar dari hutan untuk melakukan kekejaman dan
                  pembunuhan ke atas mereka yang didakwa pernah bersubahat dengan Jepun.



           (b)      Apabila Pentadbiran Tentera British ( BMA ) mengambil alih pentadbirandi Tanah Melayu,

                  MPAJA dibubarkan pada 1 Disember 1945, tetapi PKM dibenarkan bergerak sebagai sebuah
                  pertubuhan yang sah di Tanah Melayu.


           (c)      PKM mengambil peluang untuk mempengaruhi beberapa pertubuhan dengan ideologi komunis
                  dan seterusnya menyusup dalam kesatuan sekerja , iaitu Pan-Malayan Federation of Trade

                  Union ( PMFTU ).


           (d)      Menjelang bulan Disember 1947 hingga bulan Mei 1948, komunis berjaya menguasai 335

                  kesatuan sekerja dan menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA.

           (e)      Pergerakan komunis dalam kesatuan sekerja telah mengancam ekonomi dan keselamatan
                  negara.


           (f)      Pada tahun 1949, British meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 bagi tujuan menyekat
                  pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja dan akhirnya mengharamkan PKM.




                                         Terdapat penduduk yang  terpengaruh  dengan  fahaman komunis kerana


                                         penyebaran ideologi  komunis dari China dan indonesia.

                                         Ia berkembang melalui kesatuan sekerja terutamanya selepas Perang Dunia


                                         kedua yang berlaku kekosongan politik di  Tanah Melayu
                                         Ia membuka peluang kepada PKM untuk menyebarkan fahaman komunis

                                         PKM telah diharamkan oleh British
   1   2   3   4   5   6   7