Page 1 - Bab 6 : Ancaman komunis Dan Pengisytiharaan Darurat
P. 1
Bab ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN
© Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin
6 DARURAT
`
6.1 KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI
NEGARA KITA
1 Komunisme merupakah fahaman politik yang menjadikan
ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara.
2 Perkataan komunis merujuk kepada orang yang menganut
fahaman komunisme.
3 Ideologi komunisme diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich
Engels yang menghasilkan karya Communist Manifesto dan
Das Kapital.
4 Usaha untuk menyebarkan fahaman komunis di negara kita
telah bermula sejak tahun 1920-an.
5 Pada masa itu, dua buah negara yang terlibat dalam
penyebaran fahaman komunis di negara kita ialah China dan
Indonesia.
Kemasukan Pengaruh Komunis dari China
1 Sejak awal tahun 1920-an, fahaman komunis mula dibawa masuk ke negara kita melalui
cawangan Parti Kuomintang ( KMT ) yang beribu pejabat di China.
2 Menjelang tahun 1924, cawanganKMT ditubuhkan pada hampir setiap bandar di negara kita bagi
mengembangkan ideologi komunisme.
3 Antara bandar tersebut ialah Muar, Melaka, Seremban, Klang , Kuala Lumpur dan Sungai Petani.
4 Selain KMT, pertubuhan seperti Main School yang bergerak dalam kalangan orang Hailam di
bawah arahan Parti Komunis China ( PKC ) turut menyebarkan fahaman komunis di negara kita.
5 Pada tahun 1927, perpecahan berlaku antara KMT dan PKC.
6 Pada tahun 1928, The Communist International ( Comintern ) yang beribupejabat di Moscow
mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang ( PKN ).
7 Kegagalan PKN mengembangkan fahaman komunis telah mendorong Comintern untuk
mengarahkan penubuhan Parti Komunis Malaya ( PKM ).
Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia
1 Pada tahun 1920, beberapa orang pemimpin komunis dari Indonesia telah menyebarkan fahaman
komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah.
2 Mereka terdiri daripada Tan Malaka, Alimin, Moeso , Boedisoejitro, Hasanoesi, Winanta, Soebakat
dan Sutan Perpateh.
3 Partai Komunis Indonesia ( PKI ) berusaha untuk membuka cawangandi Tanah Melayu berikutan
kegagalannya menguasai PulauJawa pada tahun 1926.
4 Usaha mereka tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana komunis menggunakan
kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.

