Page 7 - Bab 6 : Ancaman komunis Dan Pengisytiharaan Darurat
P. 7

Pasukan Polis                            © Hak Cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin


        Cawangan      •   Guy C. Madoc menubuhkan Cawangan Khas ( Special Branch
        Khas              ) untuk menjalankan kerja-kerja risikan.
                      •   Anggota pasukan menyamar sebagai komunis untuk
                          mendapatkan maklumat tentang operasi PKM.
                      •   British mengambil ramai ahli Cawangan Khas dari kalangan
                          orang Cina untuk menjejak anggota komunis hingga kubu
                          persembunyiannya.
                      •   Kejayaan Cawangan Khas menyusup ke dalam PKM
                          memudahkan pasukan keselamatan merancang tindakan
                          terhadap PKM.


        Special       •   SC ditubuhkan pada tahun 1948 semasa pelaksanaan
        Constables        Rancangan Briggs.
        (SC)          •   SC menjadi barisan hadapan dalam menghadapi ancaman
                          komunis dengan peranan mengawal ladang dan kawasan
                          lombong.
                      •   Serama 24 ribu orang anggota SC dilatih untuk tujuan
                          tersebut.


        Polis         •   Pada asalnya dikenali sebagai Flying Squad.
        Hutan         •   Pada tahun 1951, pasukan dinamai Jungle Squad , dan
                          kemudiannya Jungle Companies.
                      •   Pada tahun 1953, pasukan disusun semula dan dinamakan
                          Police Field Force ( PFF ).
                      •   Pada 18 Oktober 1958, PFF dikenali sebagai Pasukan Polis
                          Hutan.
                      •   Antara tugas Polis Hutan ialah memburu komunis, membuat
                          rondaan di pinggir hutan, membawa bekalan makana kepada
                          pasukan yang bertugas di dalam hutan dan menjaga kubu (
                          jungle fort ).


        Polis         •   Polis wanita ditubuhkan pada bulan Ogos 1955.
        Wanita        •   Barbara D.R. Wentworth, pegawai polis wanita yang pertama,
                          ditugaskan melatih anggota baharu dan menyusun pasukan
                          polis wanita.


        Senoi         •   Senoi Praaq dalam Bahasa Semai dikenali sebagai Urang
        Praaq (           Perang.
        Urang         •   Pasukan Senoi Praaq yang ditubuhkan pada tahun 1956
        Perang )          dianggotai oleh Orang Asli suku Senoi, Semai dan Temuan.
                      •   Mereka yang ditugaskan untuk mengesan tempat
                          persembunyian komunis di dalam hutan lebih dikenali sebagai

                          “ The Silent Killers “.


        Auxillary        •   AP membantu polis menentang ancaman komunis di
        Police ( AP          samping mempertahankan bandar dan kampung daripada
        )                    ancaman komunis.
                         •   Pada bulan Disember 1948, terdapat seramai 17 ribu
                             orang anggota AP di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
                         •   Pada tahun 1956, anggota AP dijadikan Police Volunteer
                             Reserve.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12