Page 15 - Bab 7 : Usaha Ke arah Kemerdekaan
P. 15

Kerjasama                                Huraian


         Persidangan      (a)    Persidangan Kebangsaan yang diketuai oleh
         Kebangsaan       Dato’   Panglima      Bukit Gantang, Menteri Besar
                          Perak, Dato’   Abdul Wahab  Abdul Aziz, berlangsung
                          pada Februari 1954.

                          (b)    Persidangan turut disertai oleh IMP, MIC,
                          Persatuan     Ceylonese Malaya dan Persatuan
                          Eurasian Malaya.

                          (c)    Persidangan Kebangsaan 1954 penting kerana :

                              •  Membincangkan langkah membentuk gabungan
                                 parti politik kebangsaan Tanah Melayu yang
                                 bersatu.
                              •  Menuntut agar diadakan pilihan raya Persekutuan.


         Konvensyen       (a)    Konvensyen Kebangsaan yang dianjurkan oleh
         Kebangsaan              UMNO , pimpinan Tunku Abdul Rahman , dan
                                 MCA pimpinan Tan Cheng Lock diadakan pada
                                 Ogos 1954.

                          (b)    Konvensyen turut dihadiri oleh PAS, Persetiaan
                                      Melayu Kelantan dan Persatuan Melayu
                                     Semenanjung.

                          (c)    Konvensyen Kebangsaan penting kerana :

                              •  Membincangkan usaha ke arah kemerdekaan dan
                                 masa depan Tanah Melayu.
                              •  Meluluskan resolusi mendesak British
                                 mengadakan pilihan raya Persekutuan.


         Pembentukan          (a)    Pada Oktober 1954, MIC menyertai UMNO
         Parti                       dan   MCA untuk   membentuk Parti Perikatan.
         Perikatan            (b)    Parti Perikatan memilih kapal layar sebagai
                                     logo  untuk melambangkan kesediaan
                                     menempuh cabaran dan rintangan bagi
                                     mencapai kemerdekaan negara.


          Kesimpulan


           1. Beberapa langkah telah diambil dalam usaha untuyk mencapai kemerdekaan iaitu kerajaan menekankan

              kerjasama dan pembentukan perpaduan kaum sebagai asas pembinaan negara bangsa

           2. Persiapan kea rah berkerajaan sendiri diadakan bagi memastikan penduduk tempatan mampu mentadbir

                 negara sendiri.

           3. Dasar bekerjasama dan permuafakatan antara kaum amat diperlukan dan akan dicapai melalui sikap

              toleransi dan perundangan untuk mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk
              berbilang kaum di negara kita.
           4. Kebijaksanaan dan kegigihan pemimpin terdahulu mewujudkan asas kerjasama dari aspek politik, ekonomi
               © Hak cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin 2020 - 0199497087
              dan sosial amat wajar dihargai
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20