Page 10 - Bab 7 : Usaha Ke arah Kemerdekaan
P. 10
Ordinan Pelajaran 1952
(a) Ordinan Pelajaran diluluskan selepas Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran
meneliti Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.
(b) Ordinan Pelajaran bertujuan membentuk sistem pendidikan yang menggunakan
bahasa rasmi Persekutuan dengan menyatukan semua murid dalam satu sistem
pendidikan yang berorientasikan Persekutuan Tanah Melayu.
(c) Antara perkara yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1952 ialah :
• Sekolah rendah di Tanah Melayu menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris
dan bahasa Melayu .
• Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah
sekiranya terdapat 15 orang murid dalam kumpulan yang sama.
• Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
(d) Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat tentangan daripada
semua kaum.
Laporan Woodheaddi Sarawak dan Sabah
1955
(a) E.W.Woodhead , Ketua Pegawai Pelajaran dari Britain, telah diundang untuk
meninjau perkembangan pendidikan dan membuat cadangan tentang pendidikan
di Sarawak dan Sabah.
(b) Antara cadangan Laporan Woodhead ialah :
• Memperkasakan pendidikan peringkat rendah dan menenga h.
• Menitikberatkan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
• Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur.
(c) Berdasarkan Laporan Woodhead, terdapat cadangan untuk membentuk sistem
pendidikan kebangsaan di Sarawak bagi melahirkan rasa kekitaan dan taat setia
penduduk berbilang kaum terhadap negeri Sarawak .
• Mewujudkan sekolah menengah berbilang kaum dengan menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar.
• Menyeragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan.
• Memperkenalkan buku teks yang berlatarbelakangkan unsur tempatan.
• Memastikan pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah.
(d) Laporan Woodhead diterima di Sabah dengan beberapa pindaan.
• Mempertingkat pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah Cina.
• Memastikan bahasa Inggeris diajar di sekolah Melayu dan bahasa Melayu diajar di
sekolah Inggeris.
• Menetapkan peperiksaan di sekolah menengah dikendalikan dalam bahasa
Inggeris.
(e) Ordinan Pelajaran Koloni 1956 diperkenalkan di Sabah untuk meneruskan rancangan
Woodhead, iaitu menyeragamkan kurikulum dan peperiksaan serta melahirkan
perasaan kebersamaan dalam kalangan kaum di Sabah.
© Hak cipta Zamri Talib/ SMK. Kemumin 2020 - 0199497087

