Page 14 - Bab 3 : Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
P. 14

© hak cipta zamri talib 2020 / 0199497087 SMK. Kemumin



          4       Layanan terhadap penduduk


          (a) Pentadbiran tentera Jepun memberikan layanan yang berbeza

              mengikut kepentingan     mereka .


             Orang Melayu dan bumiputera lain yang bekerjasama dengan Jepun

              diberi layanan baik bagi mendapatkan sokongan serta menjamin

              pemerintahan yang licin.

             Orang India diberi bantuan untuk menubuhkan Tentera Kebangsaan           Gambar : Kad catuan

              India di Tanah Melayu dan Borneo Utara pimpinan Subhas Chandra           makanan yang dikeluarkan

              Bose bagi tujuan rancangan Jepun menguasai negara India di samping       oleh pejabat Kawalan

              meraih sokongan .                                                        Makanan yang merekodkan

             Orang Cina diberi layanan kejam lanjutan permusuhan daripada Perang      Tarikh, jenis dan kuantiti

              China-Jepun .                                                            barang yang diperolehi oleh
                                                                                       penduduk

          (b) Kekejaman Jepun menyebabkan masyarakat berbilang kaum di negara

              kita mengalami kesengsaraan dan pengalaman pahit pada zaman

              penjajahnnya.

          (c)  Kaum Cina mengalami kesengsaraan lebih teruk berbanding dengan

              bangsa lain.

          (d)      Salah satu bukti kekejaman pentadbiran tentera Jepun ialah
                  pembinaan Landasan Kereta Api Maut .


             Landasan Kereta Api Maut dibina sepanjang 415 KM dari Thailand ke

              Burma ( Myanmar ) melalui hutan tebal tropikal dan pergunungan.

             Dianggarkan 200 ribu orang buruh paksa ( romusha ) dari negara Asia

              Tenggara dan 60 ribu orang tawanan perang pihak Bersekutu

              digunakan untuk pembinaan landasan tersebut.

             Semasa pembinaan, ramai yang terkorban akibat kerja berat,

              kekurangan makanan dan ubat-ubatan , pelbagai penyakit serta             Gambar : Novel nyawa di

              suasana buruk di tempat kerja.                                           hujung pedang karya Ahmad

             Ramai penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada orang Melayu,          Murad Nasaruddin

              Cina dan India turut dipaksa menjadi buruh membina landasan kereta

              api tersebut.


          (e) Kekejaman tentera Jepun terhadap masyarakat tempatan digambarkan

              melalui hasil karya seperti novel Nyawa di-hujung Pedang yang

              mengisahkan seorang pemuda Melayu ditangkap dan diseksa oleh

              Kempeitai kerana difitnah terlibat dalam gerakan menentang Jepun.

          (f)  Kempeitai ( pasukan polis tentera ) yang ditubuhkan untuk menjaga

              kepentingan pentadbiran tentera Jepun amat ditakuti kerana mereka

              bertindak ganas dan kejam untuk menyeksa dan membunuh sesiapa

              sahaja yang disyaki sebagai antipentadbiran tentera Jepun.               Gambar : Landasan keretapi

                                                                                       Maut Dari Thailand ke Burma

          Kesan Dasar Pendudukan Jepun


           1. Menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan rakyat


           2. Membentuk jiwa masyarakat tentang kepentingan ketahanan fizikal dan mantel semasa menghadapi

                 cabaran hidup

           3. Mereka mulamemperolehi keberanian, kepercayaan diri, emangat spiritual     dan mental yang kuat

               bagi menghadapi kekejaman pentadbiran tentera jepun

           4.    Ia telah mencetuskan penentangan rakyat dalam pelbagai bentukk terhadap pendudukan jepun


               dinegara kita.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19